LTA lancarkan program Hadiah Seni, hidupkan suasana stesen MRT
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: LTA
SINGAPURA: Stesen-stesen MRT setempat bakal mempamerkan karya-karya seni dalam usaha menyuntik kesegaran.
Di bawah Program Hadiah Seni Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) itu, ia membolehkan para individu dan pertubuhan untuk menyumbang atau menaja karya seni untuk dipamerkan.
Antaranya adalah arca seni yang disumbangkan oleh PSA International.
Ia memaparkan para pekerja yang menggunakan pengangkutan awam dari Kawasan Pusat Bandar (CBD).
LTA akan bekerjasama dengan para penderma untuk memilih karya seni berdasarkan kaitannya dengan lokasi stesen.
"Ini merupakan usaha kami untuk menghidupkan suasan di stesen MRT, pengalaman harian menaiki pengangkutan awam dan membawa masyarakat kami, syarikat, individu mahupun organisasi masyarakat ke stesen MRT supaya mereka lebih bertanggungjawab.
"Cara-cara seperti ini yang kami cari untuk membuat perjalanan harian sesuatu yang unik dan selesa buat orang ramai. Dan bagi penderma, ramai yang menunjukkan minat, ada syarikat, ada individu dan kumpulan masyarakat. Saya menggesa lebih ramai majukan diri dan bekerjasama dengan LTA supaya kami dapat membuat perubahan, menaikkan martabat aset nasional kami, sistem MRT," kata Menteri Pengangkutan S Iswaran.

Sumber : CNA/RU/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.