Skip to main content

Singapura

LTA lancar tender pasang 12,000 tempat mengecas kenderaan elektrik di tempat letak kereta HDB

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Mar 2022 05:44PM Dikemas Kini : 29 Mar 2022 09:11PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan melancarkan tender pada bulan depan untuk memasang 12,000 tempat mengecas di hampir 2,000 tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB). 

Demikian menurut lembaran fakta LTA pada Selasa (29 Feb). 

Menurut LTA, tender "skala besar" itu akan dilancarkan pada April dan merupakan satu "peristiwa penting" dalam rancangannya untuk mempertingkatkan prasarana bagi mengecas kenderaan elektrik (EV). 

Langkah ini, bersama dengan permintaan yang meningkat, akan membantu menepati sasaran pemerintah untuk memastikan setiap bandar HDB siap EV menjelang 2025, tambah LTA. 

Pemerintah menetapkan sasaran untuk memasang 60,000 tempat mengecas EV merata Singapura menjelang 2030, dengan 40,000 daripadanya dipasang di tempat letak kereta awam dan lagi 20,000 di premis-premis privet. 

Syarikat yang diberikan tender tersebut perlu memasang sekurang-kurangnya tiga hingga enam tempat mengecas di tempat letak kereta yang diperuntukkan menjelang hujung 2025. Mereka juga boleh memasang sehingga 12 tempat mengecas di setiap tempat letak kereta sepanjang tempoh tersebut. 

"Syarikat yang diberikan tender akan dinilai berdasarkan rancangan mereka untuk menawarkan khidmat mengecas yang dimampui, diyakini dan mampan," menurut LTA. 

"Mereka juga akan dinilai berdasarkan rancangan mereka untuk menguji dan melaksanakan huraian-huraian yang innovatif bagi mencegah para pemandu daripada memonopoli sesetengah tempat mengecas, di samping memaksimumkan penggunaan di tempat letak kereta dengan kapasiti elektrik yang terhad." 

Tender tersebut dijangka akan diberikan pada suku keempat tahun ini, dengan pemasangan tempat mengecas dijangka akan dimulakan sebelum suku pertama tahun depan. 

Berucap di pelancaran kempen nasional EV "Power EVery Move" pada Selasa (29 Mac), Menteri Pengangkutan S Iswaran menegaskan bahawa peralihan ke EV merupakan salah satu peralihan paling penting bagi sektor automotif Singapura sejak "beberapa generasi" yang lalu. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita