LTA gantung lesen ofo, basikal perlu dialihkan dari tempat awam sebelum 13 Mac
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (14 Feb) mengumumkan bahawa ia menggantung lesen operasi syarikat basikal sewa ofo di Singapura.
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (14 Feb) mengumumkan bahawa ia menggantung lesen operasi syarikat basikal sewa ofo di Singapura.
"Meskipun sudah diingatkan supaya mematuhi syarat-syarat kawal selia menjelang 13 Feb 2019, ofo gagal mematuhi syarat-syarat ini. Ini termasuk melaksanakan sistem kod QR secara teratur," menurut LTA.
Pihak berkuasa menyatakan bahawa ofo perlu mengalihkan semua basikalnya dari tempat-tempat awam sebelum 13 Mac.
Penggantungan tersebut hanya akan dimansuhkan jika syarikat China itu memenuhi semua syarat kawal selia, menurut LTA, sambil menambah bahawa ia akan terus memantau pematuhan syarikat dan mungkin akan membatalkan lesen sekiranya ia tidak menunjukkan kemajuan memuaskan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.