LTA dirujuk mengenai khidmat ulang-alik percuma di Marine Parade: Tin Pei Ling
Warga emas Marine Parade kini dapat naik bas ulang-alik percuma untuk ke pelbagai kemudahan. (Petikan gambar: Tan See Leng/Facebook)
Keputusan tersebut tidak "dibuat tanpa sebarang rundingan" kata Anggota Parlimen (AP) SMC MacPherson Tin Pei Ling.
"Bagi khidmat bas ulang alik-alik, kami berunding bersama LTA mengenai laluannya, dan ia bukan satu keputusan yang dibuat tanpa sebarang rundingan," kata Cik Tin, di mana kawasan undinya adalah salah satu kawasan yang mempunyai khidmat bas ulang-alik itu.
Beliau menjawab soalan daripada Mediacorp tentang mengapa kawasan Marine Parade, di mana khidmat bas ulang-alik tersebut disediakan, tidak ditambah dalam laluan baharu bas.
Cik Tin berkata sebarang perubahan pada sistem pengangkutan awam untuk menangani keperluan tersebut memerlukan perancangan yang lebih teliti.
"Rangkaian pengangkutan awam kita agak mencabar, jadi untuk menambah perhentian baharu, ia memerlukan kajian dan rancangan yang teliti, meskipun keperluannya wujud, apa yang kami boleh lakukan adalah untuk mengatasi kekurangan yang ada," katanya.
Khidmat bas ulang-alik itu dapat mengatasi keperluan pendudukan dengan pantas, dan ia "fleksibel" untuk mengatasi masalah baharu.
KETERSEDIAAN DAN KEKERAPAN PENGANGKUTAN TIDAK MENCUKUPI
Cik Tin berkata antara maklum balas mengenai kawasan Marine Parade itu adalah pengangkutan awam mungkin tidak sampai sepenuhnya ke "lokasi-lokasi utama masyarakat" dan mungkin tidak begitu kerap, terutama bagi perjalanan ke destinasi akhir.
"Sistem pengangkutan awam semakin cekap dan ia sudah berkhidmat dengan baik, namun sebahagian daripadanya memerlukan lebih banyak ketersambungan, seperti menghubungkan poliklinik dan kelb masyarakat, iaitu kawasan popular bagi masyarakat," tambah Cik Tin.
Beliau menarik perhatian bahawa dengan pelancaran fasa keempat Laluan Thomson East-Coast, yang menyediakan khidmat pengangkutan kepada penduduk GRC Marine Parade, masih terdapat maklum balas yang mengatakan bahawa ketersambungan masih dapat ditingkatkan.
"Dengan pemerhatian dan maklum balas ini, kami berfikir sebagai satu kawasan, kami dapat memperkenalkan khidmat bas ulang-alik," katanya.
“Kami merintis khidmat selama setahun. Jadi ia membolehkan kami, sementara kami menangani keperluan yang diketahui, juga mengkaji dengan lebih terperinci bagaimana ia berfungsi, bagaimana kami boleh memperbaikinya pada masa depan, dan pada penghujung ujian ini, kami boleh menilai apa yang patut dilakukan seterusnya,” kata Cik Tin.
Khidmat tersebut akan disediakan daripada pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari minggu, kecuali cuti umum. Ia akan beroperasi setiap 45 minit sehingga sejam, dan bas itu boleh menampung sehingga 22 penumpang pada satu masa.
Khidmat tersebut akan disediakan di tujuh estet, iaitu Braddell Heights, MacPherson, Mountbatten, Geylang Serai, Kembangan-Chai Chee, Marine Parade dan Joo Chiat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.