Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA beri kontrak bernilai S$210 juta untuk bina stesen MRT Jurong West, Bahar Junction

Dua stesen kereta api di Laluan Daerah Jurong akan direka dan dibina oleh cawangan China Railway 11 Bureau Group di Singapura, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (9 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Dec 2019 12:58PM Dikemas Kini : 10 Dec 2019 12:09AM

SINGAPURA: Dua stesen kereta api di Laluan Daerah Jurong akan direka dan dibina oleh cawangan China Railway 11 Bureau Group di Singapura, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (9 Dis).

Kontrak bernilai S$210.1 Juta bagi stesen-stesen Jurong West dan Bahar Junction juga merangkumi beberapa jejambat sepanjang 1.15 kilometer.

Stesen Jurong West akan ditempatkan di Jurong West Avenue 2, bersebelahan dengan Jurong West Street 23. Stesen itu akan mempunyai platform tunggal yang akan digunakan kereta api yang menuju ke Choa Chu Kang dan yang menghala ke Jurong Pier.

Stesen Bahar Junction akan dibangunkan di Jurong West Avenue 4, berdekatan persimpangan antara Jurong West Street 64 dengan Street 75. Ia akan mempunyai dua platform yang akan dihubungkan oleh sebuah jambatan berbumbung sepanjang 100 meter.

Sebuah platform akan disediakan untuk kereta api yang menuju ke Choa Chu Kang dan Jurong Pier manakala satu lagi platform untuk kereta api yang menuju ke Peng Kang Hill.

Menurut LTA, cawangan Singapura bagi China Railway 11 Bureau Group adalah syarikat binaan yang "sudah lama bertapak dan berpengalaman" yang sudah menyelesaikan pelbagai projek berkaitan kereta api di merata dunia.

Syarikat tersebut sudah menyelesaikan beberapa projek infrastruktur besar di Singapura termasuk tiga stesen MRT - stesen Tuas Link, Tuas West Road dan Tuas Crescent - dan jejambat di Tuas West Extension.

"Syarikat itu juga telah membina landasan bersepadu yang pertama di Singapura dan jejambat jalan raya sebagai sebahagian daripada projek Tuas West Extension," tambah LTA.

Laluan Daerah Jurong adalah laluan MRT yang ketujuh di Singapura, yang akan dibuka melalui tiga tahap mulai 2026.

Kerja-kerja binaan dijangka bermula pada 2020 dan dijadual siap pada 2026.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan