Skip to main content

Singapura

LTA beri amaran mereka yang hisap vape akan diarah keluar dari pengangkutan awam

Anggaran Waktu Membaca:
LTA beri amaran mereka yang hisap vape akan diarah keluar dari pengangkutan awam

Gambar fail bas SMRT dan kereta api di Singapura. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 18 Aug 2025 10:19PM Dikemas Kini : 18 Aug 2025 10:23PM
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberi amaran mereka yang didapati menghisap vape akan diarah keluar dari premis serta pengangkutan awam.

Dalam catatan di Facebook pada Isnin (18 Ogos), LTA menambah kakitangannya melakukan rondaan aktif untuk memastikan khidmat pengangkutan awam selamat dan bebas daripada asap vape.

Baru-baru ini, tular video beberapa penumpang menghisap vape di dalam bas dan MRT.

Menurut LTA, terdapat papan-papan tanda anti-vape di stesen-stesennya untuk mengingatkan para penumpang bahawa perbuatan menghisap vape membawa denda maksimum S$2,000.

Pendekatan menyeluruh pemerintah dalam membanteras vape dan Kpod, disentuh dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (17 Ogos).

Dalam ucapannya, PM Wong berkata pemerintah akan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap vape dan menganggapnya sebagai isu dadah dengan hukuman yang lebih berat.
Sumber : CNA/AA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita