LTA beli 17 kereta api baru bagi laluan tambahan NEL, CCL
Ini akan menambah jumlah kereta api NEL sebanyak 14 peratus kepada 49 kereta api, menurut LTA dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (30 Apr).
SINGAPURA: Pengeluar kereta api Perancis, Alstrom, akan membekalkan 17 kereta api tanpa pemandu ke Singapura - enam daripadanya adalah untuk Laluan Timur Laut (NEL) dan lagi 11 adalah untuk Laluan Circle (CCL) - di bawah kontrak bernilai $250 juta oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Ini akan menambah jumlah kereta api NEL sebanyak 14 peratus kepada 49 kereta api, menurut LTA dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (30 Apr). Bagi CCL, jumlah itu bertambah 17 peratus kepada 75 kereta api.
Pembelian tersebut akan menambah keupayaan kedua-dua laluan untuk menampung lebih ramai penumpang, apabila laluan tambahan tersebut siap. (extension)
Projek lanjutan NEL sepanjang 1.6 kilometer, termasuk stesen Punggol Coast, dijadual mula beroperasi pada tahun 2023.
Bagi lanjutan CCL, tiga stesen baru - Keppel, Cantonment dan Prince Edward - akan menutup pusingan Laluan Circle menjelang 2025.
Kereta api tersebut akan dihasilkan dan dipasang di kilang Alstro di Barcelona, sebelum dihantar ke Singapura secara bertahap-tahap dari tahun 2020 bagi kereta api NEL dan 2021 bagi CCL.
Selepas itu, ia akan menjalani ujian sebelum digunakan apabila rangkaian lanjutan tersebut dibuka, menurut LTA.
SISTEM PEMANTAUAN BOLEH DIRAMAL DIPASANG
Kesemua 17 kereta api baru itu akan dilengkapi "sistem pemantauan keadaan" untuk memperoleh data daripada alat yang dipasang pada kereta api, menurut LTA.
Sistem itu membolehkan keadaan peralatan dipantau berterusan dan para pengendali boleh menjalankan kerja-kerja penyenggaraan awal ke atas kereta api sebelum kerosakan berlaku.
"Penyepit rel yang sedia pada kereta api baru CCL juga akan dilengkapi sensor untuk membolehkan para pengendali mengambil tindakan segera serta langkah-langkah yang diperlukan sekiranya mereka mengesan sebarang penyepit yang tertanggal," tambah LTA.
Selain itu, dua daripada tiga gerabak kereta api baru CCL akan dipasang sistem Pemeriksaan Automatik Landasan (ATI) yang membolehkan rel, peralatan dan papan lintang dipantau semasa kereta api beroperasi.
Sistem ATI melengkapi kegiatan pemeriksaan sedia ada supaya komponen-komponan rel dan landasan yang memerlukan kerja-kerja penyenggaraan boleh dikenal pasti, menurut LTA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.