Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA bakal sesuaikan lagi kiraan kuota COE bagi kurangkan turun naik bekalan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan pada Jumaat (20 Jan) bahawa ia akan menyesuaikan kaedah bagi mengira kuota yang disediakan bagi bidaan Sijil Hak Milik Kenderaan (COE).

Kaedah baru tersebut akan menjana 309 lagi COE bagi tempoh Februari sehingga April, iaitu kenaikan sebanyak 3.4 peratus daripada suku sebelumnya.

Menurut LTA, penyesuaian tersebut yang dilaksanakan enam bulan selepas langkah yang sama tahun lalu, adalah untuk "mengurangkan lagi turun naik suku ke suku bekalan COE".

Berkuat kuasa dari 1 Februari, bilangan COE yang disediakan untuk bidaan pada setiap suku tahun adalah purata bergerak bilangan kenderaan yang tidak lagi berdaftar sepanjang empat suku sebelumnya, dan bukannya dua.

Misalnya, jumlah COE bagi suku Februari hingga April adalah 25 peratus daripada jumlah kenderaan yang tidak lagi berdaftar dari tempoh Januari 2022 hingga Disember 2022.

Bilangan COE bagi suku seterusnya iaitu Mei hingga Julai, adalah 25 peratus daripada bilangan kenderaan yang tidak lagi berdaftar dari April 2022 hingga Mac 2023.

Permulaan setiap tempoh bidaan kuota COE baru akan berterusan selama satu bulan selepas penutupan setiap suku tahun.

KUOTA COE DARI FEBRUARI SEHINGGA APRIL

Kuota COE bagi Februari hingga April ialah 9,437.

Ini adalah kenaikan 3.4 peratus daripada 9,128 COE pada suku sebelumnya.

LTA menambah, bidaan di bawah kuota seterusnya akan bermula pada 6 Februari.

Di bawah kaedah sebelumnya, kuota bagi tempoh dari Februari sehingga April mungkin pada perangkaan yang lebih rendah iaitu 8,695, dengan perbezaan sebanyak 7.9 peratus atau 742 COE.

Pengumuman kuota seterusnya bagi tempoh bidaan dari Mei hingga Julai akan dibuat pada April.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan