LTA bakal lancar laman web masa nyata pantau gangguan khidmat MRT
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penumpang tidak lama lagi akan dapat mengakses maklumat masa nyata mengenai gangguan khidmat MRT melalui laman web baharu, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (12 Dis).
Laman web tersebut, mytransport.sg/trainstatus, akan dilancarkan pada pukul 6.00 petang Sabtu dan akan memaparkan maklumat status berwarna bagi setiap laluan MRT.
Kelewatan khidmat akan dibahagikan kepada dua kategori utama: kuning untuk kelewatan kecil dan jingga untuk kelewatan serius.
Kelewatan kecil melibatkan insiden yang dijangka selesai dalam masa 30 minit, seperti kerosakan pintu platform. Semasa gangguan ini, maklumat akan diumumkan dalam stesen dan kereta api MRT, serta dipaparkan pada masa nyata di laman web baharu.
Pihak berkuasa tidak akan membuat pengumuman media sosial untuk kelewatan kecil dan para penumpang akan dinasihati untuk terus menggunakan khidmat MRT.
Kelewatan serius merujuk kepada insiden yang memerlukan masa lebih 30 minit untuk diselesaikan. Ini akan mencetuskan komunikasi melalui pelbagai saluran - di stesen dan dalam kereta api MRT, laman web masa nyata, serta catatan media sosial.
Para penumpang akan dinasihati untuk menimbangkan laluan alternatif, termasuk khidmat bas biasa, laluan MRT lain atau khidmat bas ulang-alik.
Dalam menentukan sama ada sesuatu insiden adalah kecil atau serius, LTA akan menimbangkan faktor seperti jarak laluan yang terjejas dan sama ada gangguan berlaku pada waktu sibuk atau di luar waktu sibuk.

Laman web baharu itu dihasilkan menyusuli penubuhan sebuah pasukan bertindak untuk meningkatkan keandalan MRT yang diumumkan pada September, yang terdiri daripada LTA, serta pengendali kereta api SMRT dan SBS Transit.
Inisiatif itu terbit daripada rasa tidak puas hati penumpang mengenai jurang komunikasi dalam insiden baru-baru ini.
Pada 2 Disember, kerosakan pada landasan berhampiran stesen Aljunied di Laluan Timur-Barat menambah 20 minit kepada masa perjalanan, mencetuskan rungutan di media sosial tentang kekurangan maklumat online daripada SMRT mengenai kelewatan itu.
Keesokan harinya, LTA menyatakan pengendali MRT akan mengutamakan pengumuman di stesen-stesen terjejas semasa kelewatan kecil.
Namun, ini menerima kritikan online daripada penumpang yang berkata tumpuan kepada pengumuman di stesen sahaja tidak mencukupi.
LTA pada Jumaat menyatakan bahawa walaupun media sosial kekal penting, catatan mungkin muncul dalam media sosial pengguna pada waktu berbeza, mungkin selepas khidmat terbabit kembali seperti biasa.
Pihak berkuasa menyatakan laman web baharu ini adalah langkah untuk menyediakan maklumat masa nyata bagi membantu penumpang merancang perjalanan. Ia juga bekerjasama dengan Google Maps bagi menyediakan data yang dapat meningkatkan anggaran masa perjalanan, dengan butiran lanjut akan diumumkan kelak.
KEANDALAN MRT KEKAL TINGGI
Laporan bulanan terkini LTA menunjukkan keandalan keseluruhan rangkaian MRT kekal tinggi merentasi semua penunjuk prestasi.
Laporan tersebut kini merangkumi dua penunjuk baharu selain ukuran jarak purata antara kegagalan (MKBF), iaitu jarak purata yang dilalui MRT sebelum mengalami kerosakan yang menyebabkan kelewatan.
MKBF digunakan di Singapura untuk menjejak keandalan kereta api sejak 2016, dengan sasaran ditetapkan pada 1 juta kilometer perjalanan MRT.
Penunjuk prestasi penyampaian khidmat MRT mengukur jarak sebenar yang dilalui MRT berbanding jarak yang dijadualkan, yang dinyatakan sebagai peratusan.
Ketepatan masa ketibaan kereta api pula mengukur peratusan perjalanan MRT yang selesai “tepat pada masa” di hujung setiap laluan atau titik pusingan berjadual, dengan julat lebih atau kurang dua minit dari jadual.
Setakat akhir Oktober, purata bergerak 12 bulan MKBF rangkaian MRT ialah 1,673,000 kilometer MRT, meningkat sedikit daripada 1,671,000 kilometer MRT pada akhir September 2025.
Semua laluan mencatat peningkatan MKBF sejak akhir September kecuali Laluan Circle, yang mencatat sedikit penurunan disebabkan lebih banyak insiden melibatkan penumpang, yang menyebabkan kelewatan kecil.
Pada Oktober, tiada kelewatan dicatatkan melebihi 30 minit pada rangkaian MRT, berbanding dua kelewatan sedemikian pada September.
Laporan tersebut kini turut memasukkan data Laluan Thomson-East Coast (TEL) buat kali pertama. Dalam tempoh 12 bulan lalu, laluan itu mengalami tiga kelewatan melebihi 30 minit, yang dianggarkan menjejas purata sehingga 5 peratus penumpang harian di sepanjang laluan tersebut.
LTA menyatakan ia menjangka prestasi TEL akan stabil dan bertambah baik selepas laluan itu dibuka sepenuhnya pada 2026.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.