LTA arah pengendali MRT utamakan pengumuman di stesen terjejas jika berlaku kelengahan
Para pengendali rel akan mengutamakan "komunikasi di tempat berlaku gangguan" untuk penumpang, terutamanya mereka yang terjejas secara langsung di stesen-stesen, sekiranya berlaku sedikit kelengahan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (3 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pengendali rel akan mengutamakan "komunikasi di tempat berlaku gangguan" untuk penumpang, terutamanya mereka yang terjejas secara langsung di stesen-stesen, sekiranya berlaku sedikit kelengahan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (3 Dis).
Ini terpakai kepada situasi di mana bahagian rangkaian MRT yang lebih pendek terjejas, dan di mana pihak berkuasa menjangkakan tempoh gangguan perkhidmatan agak singkat, iaitu kurang daripada 30 minit, menurut LTA sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp.
Menurut LTA, langkah itu adalah sebagai tindak balas kepada maklum balas bahawa pengumuman tentang masa perjalanan tambahan maksimum tidak mencerminkan dengan tepat kesannya terhadap setiap penumpang. Ini terutamanya bagi mereka yang tidak mungkin terjejas tetapi akan membuat lencongan yang tidak perlu atau menyulitkan jika khidmat MRT disambung semula tepat pada masanya.
"Berikutan nasihat daripada Pasukan Bertindak Keandalan Rel, LTA dan para pengendali MRT akan menggunakan pendekatan yang lebih fokus ini untuk mengumumkan kelengahan tersebut," tambahnya.
"Bagi memudahkan perancangan perjalanan, LTA dan para pengendali juga merancang untuk memberikan maklumat yang lebih tepat secara online tentang masa perjalanan tambahan berdasarkan lokasi dan destinasi khusus penumpang, dan bukannya nasihat umum tentang masa perjalanan maksimum."
Kenyataan LTA pada Rabu diumumkan sehari selepas berlaku kegagalan landasan berhampiran Stesen Aljunied di Laluan Timur-Barat sekitar pukul 7.50 malam.
Perkhidmatan MRT ulang-alik telah dikendalikan antara stesen Lavender dan Paya Lebar, mengakibatkan tambahan 20 minit pada masa perjalanan dalam sektor yang terjejas, menurut Presiden MRT SMRT, Lam Sheau Kai kepada Mediacorp.
Khidmat bas percuma disediakan di sepanjang laluan yang terjejas, dan para penumpang juga dinasihatkan supaya menggunakan Laluan Downtown sebagai pilihan perjalanan alternatif.

Sumber : CNA/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.