LTA anugerahkan kontrak S$326 juta untuk bina terowong bagi sambungan Laluan Downtown
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan pada Khamis (15 Jan) ia sudah pun menganugerahkan kontrak sivil pertama bagi sambungan Laluan Downtown (DTL) yang akan menghubungkannya kepada Laluan Utara Selatan (NSL).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan pada Khamis (15 Jan) ia sudah pun menganugerahkan kontrak sivil pertama bagi sambungan Laluan Downtown (DTL) yang akan menghubungkannya kepada Laluan Utara Selatan (NSL).
Kontrak itu yang bernilai S$326 juta, dianugerahkan kepada usahasama antara Woh Hup Engineering dengan Underground Technology Engineering Construction.
Ia bagi reka bentuk dan pembinaan dua terowong utama antara stesen pertama dan kedua pada sambungan ke sebelah barat DTL, yang terdiri daripada tiga stesen.
Kontrak itu juga termasuk pembinaan sambungan terowong ke Depoh Gali Batu, beserta penambahan dan kerja-kerja pengubahsuaian yang berkaitan dengan depoh tersebut.
LTA menyatakan Woh Hup Engineering - sebuah syarikat berdaftar di Singapura dengan pengkhususan dalam projek infrastruktur dan pembinaan - kini terlibat dalam reka bentuk dan pembinaan stesen Punggol Interchange dan terowong bagi sambungan Laluan Rentas Pulau (CRL) stesen Punggol, serta stesen Loyang dan terowong bagi fasa pertama CRL.
Underground Technology Engineering Construction kini terlibat dalam pembinaan terowong antara stesen Aviation Park dengan depoh Changi East bagi CRL.
Lanjutan DTL akan menghubungkan DTL dari stesen MRT Bukit Panjang ke NSL yang dijangka dibuka bagi khidmat penumpang pada 2035.
Stesen pertama selepas Bukit Panjang merupakan stesen bawah tanah yang terletak di Sungei Kadut Avenue.
Stesen kedua merupakan sebuah stesen terminal baharu bagi DTL, yang merupakan sebuah stesen pertukaran bawah tanah.
Ia akan dihubungkan kepada stesen ketiga, sebuah stesen NSL di atas tanah yang akan dibina antara stesen Yew Tee dengan Kranji.
KERJA-KERJA KEJURUTERAAN
Kerja-kerja binaan bagi sambungan DTL dijangka bermula pada suku kedua 2026, menurut LTA.
Di bawah kontrak sivil itu, tiga terowong di mana setiap satu sepanjang 1 kilometer dan sedalam 21 meter, akan direka bentuk dan dibina di bawah Sungei Kadut Avenue, Sungei Kadut Way dan Woodlands Road, menurut LTA.
Terowong-terowong itu akan dibina berhampiran dengan NSL dan infrastruktur sedia ada seperti Sungei Pang Sua dan Pang Sua Canal.
Sebuah terowong 'cut and cover' akan dibina di Depoh Gali Batu sebagai sebahagian daripada landasan penerimaan yang baharu, menurut LTA.
Pemantauan masa nyata dan langkah-langkah keselamatan akan dilaksanakan semasa kerja-kerja terowong, menurut LTA.
"Semasa kerja-kerja binaan, LTA dan kontraktor yang dilantik akan terus berhubungan dengan para penduduk dan pihak berkepentingan dan memberikan kemas kini tetap mengenai kemajuan kerja-kerja binaan," ia menambah.
LTA dan kontraktornya akan melaksanakan langkah-langkah mitigasi sewajarnya bagi memastikan kestabilan tanah dan kerja pembinaan yang selamat, dan mengurangkan kesan terhadap pihak berkepentingan dan infrastruktur berhampiran, ia menambah.
LTA menambah sebuah penilaian kesan sekitaran sudah pun dijalankan dan semua langkah-langkah mitigasi sewajarnya yang digariskan dalam Pelan Pengurusan dan Pemantauan Sekitaran akan dilaksanakan.
"LTA dan kontraktornya juga akan terus berdamping dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk kumpulan pencinta alam semasa kerja-kerja binaan."
Apabila siap dibina, lanjutan laluan Downtown akan memendekkan waktu perjalanan bagi para penumpang yang melakukan perjalanan ke dan dari bahagian utara dan barat laut Singapura, menurut LTA.
Ia juga akan menyediakan akses lebih baik ke kawasan sedia ada dan kawasan baharu seperti Yew Tee dan Daerah Eko Sungei Kadut di masa hadapan, serta kemudahan seperti Rail Corridor dan Taman Penghubung Pang Sua.

Sumber : CNA/HA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.