Skip to main content

Singapura

LTA akan semak rangka kerja peraturan pasaran kereta sewa privet di S'pura

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang menyemak rangka kerja peraturan bagi memastikan pasaran kereta sewa privet di Singapura kekal terbuka dan berdaya saing.

Anggaran Waktu Membaca:
LTA akan semak rangka kerja peraturan pasaran kereta sewa privet di S'pura

(Gambar: Beawiharta/Reuters)

Diterbitkan : 29 Oct 2018 07:25PM Dikemas Kini : 29 Oct 2018 07:30PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang menyemak rangka kerja peraturan bagi memastikan pasaran kereta sewa privet di Singapura kekal terbuka dan berdaya saing.

Semakan itu dijangka selesai menjelang pertengahan tahun depan, menurut jurucakap LTA.

Pada Isnin (29 Okt), syarikat khidmat kereta sewa privet Indonesia Go-Jek melancarkan satu portal bagi membolehkan para pemandu di negara ini membuat pendaftaran awal untuk menyertai platform syarikat tersebut.

Dalam masa beberapa minggu akan datang, para pemandu yang berdaftar di portal itu akan menerima perincian mengenai cara untuk memohon menjadi pemandu Go-Jek apabila syarikat itu dilancarkan di sini.

Portal tersebut adalah satu-satunya wadah rasmi untuk membuat pendaftaran awal.

Pengumuman itu dibuat selepas Go-Jek melancarkan khidmatnya di Hanoi, ibu kota Vietnam pada September lalu, sebagai sebahagian daripada rancangan rancangan AS$500 juta (S$690 juta) syarikat itu untuk menembusi pasaran antarabangsa.
 

Sumber : CNA/SS/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita