Skip to main content

Singapura

LTA akan kurangkan bahan binaan di stesen MRT baharu bagi pengangkutan lebih mesra alam

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Dec 2023 08:44PM Dikemas Kini : 07 Dec 2023 10:07PM
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan mengurangkan jumlah bahan yang digunakan untuk membina stesen-stesen baharu di Laluan Daerah Jurong dan Laluan Rentas Pulau.

Ia sebahagian daripada rancangan untuk menjadikan sektor pengangkutan lebih mesra alam.

Demikian diumumkan laporan kemampanan pertama seumpamanya oleh LTA.

Dengan usaha tersebut, kemasan binaan seperti penyalutan akan dikurangkan sebanyak 10 peratus.

LTA juga akan memastikan bahawa apabila kereta api baharu dibina, sekurang-kurangnya 90 peratus daripadanya dapat dikitar semula.

Untuk mengurangkan lagi jejak karbon, ia juga akan menukar kepada penggunaan bahan konkrit rendah karbon di stesen-stesen Laluan Rentas Pulau.

Kaedah menggunakan konkrit rendah karbon dapat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 20 peratus.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita