LTA akan keluarkan tender bagi 400 bas elektrik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan mengeluarkan tender bagi 400 bas elektrik bulan ini dan bas-bas itu akan mula digunakan bermula hujung tahun depan.
Kementerian Pengangkutan (MOT) turut mendedahkan, depo-depo bas yang baru juga akan dibina bagi menyokong bas-bas elektrik itu.
Buat masa ini hanya ada 60 bas elektrik di jalan raya.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha menjadikan sektor pengangkutan awam lebih mesra alam sedang jumlah pengguna pulih ke paras sebelum pandemik.
"Ini akan membantu mencapai matlamat menjadikan separuh daripada bas kita jenis elektrik menjelang 2030 dan 100 peratus bas-bas kita menggunakan tenaga lebih bersih menjelang 2040," kata Menteri Pengangkutan S Iswaran.
"Sebilangan Anggota Parlimen bertanya mengenai kesan terhadap kos dalam beralih kepada bas elektrik. Kami masih di peringkat awal mengubah bas-bas kami kepada elektrik. Namun berdasarkan pengalaman menguji bas elektrik sekarang, kos awal lebih tinggi dijangka diimbangi dengan kos operasi lebih rendah bagi jangka panjang," tambahnya.

Sumber : CNA/DY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.