LRT generasi ketiga mulakan khidmat di Laluan Sengkang-Punggol pada 15 Jul
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua LRT pertama daripada 25 yang baharu sudah mula beroperasi di Laluan LRT Sengkang-Punggol, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SBS Transit.
Selepas hari pertama perkhidmatannya pada Selasa (15 Jul), LRT dengan gerabak baharu itu pada mulanya akan beroperasi di laluan ulang-alik Punggol West dan East pada dua hujung minggu akan datang, sebelum digunakan bahi perkhidmatan pada hari-hari biasa menjelang akhir Julai.
Baki 23 LRT akan tiba secara bertahap-tahap dan akan beroperasi mulai suku ketiga 2025.
Setiap LRT dua gerabak itu akan dapat membawa kira-kira 200 penumpang.
Menjelang akhir 2028, LRT generasi ketiga ini akan menggantikan sepenuhnya armada generasi pertama sedia ada, yang kini terdiri daripada 25 LRT satu gerabak dan lapan LRT dua gerabak. Lapan LRT dua gerabak generasi kedua akan kekal beroperasi.
Sebaik sahaja tempoh peralihan selesai, LRT Sengkang-Punggol akan mempunyai 33 LRT dua gerabak, sekali gus meningkatkan kapasiti untuk memenuhi permintaan penumpang, menurut LTA dan SBS Transit.
"Penduduk Punggol dan Sengkang telah menantikan perkembangan ini selama bertahun-tahun," kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Sun Xueling di luar majlis pelancaran itu.
"Kami mengharapkan pemahaman penduduk sedang kami berusaha untuk meningkatkan ketersambungan pengangkutan," kata Cik Sun, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Punggol.
Turut menghadiri majlis pelancaran itu ialah rakan-rakan Anggota Parlimen GRC Punggol: Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong, Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Janil Puthucheary, dan Cik Yeo Wan Ling.

CIRI-CIRI YANG DIPERTINGKATKAN
LRT baharu itu dilengkapi dengan tempat duduk ergonomik, sistem hawa dingin yang dipertingkatkan dan jalur lampu penunjuk untuk amaran penutupan pintu yang lebih jelas.
Ia juga termasuk naik taraf operasi seperti panel diagnosis skrin sentuh untuk pengesanan kerosakan yang lebih pantas semasa ujian dan kerja-kerja penyenggaraan, serta akses yang lebih mudah kepada peralatan untuk para kakitangan.

LRT baharu itu juga dilengkapi dengan pintu antara gerabak untuk memudahkan pemindahan penumpang yang lebih selamat dan pantas semasa berlaku kecemasan.
Bagi menyokong armada LRT yang lebih besar, depot LRT Sengkang-Punggol akan diperluaskan daripada 3.5 hektar kepada 11.1 hektar, untuk menyediakan kemudahan penstabilan dan penyenggaraan tambahan.
Untuk memudahkan kerja-kerja memperluaskan depot itu, penyesuaian khidmat akan diperlukan di bahagian-bahagian tertentu Laluan LRT Sengkang-Punggol, menurut LTA dan SBS Transit. Butiran lanjut akan diumumkan kelak.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.