Skip to main content

Singapura

LRT Bukit Panjang dipasang kamera AI untuk kesan pencerobohan di landasan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Jul 2023 09:24PM Dikemas Kini : 06 Jul 2023 10:06PM

SINGAPURA: Dalam usaha meningkatkan keselamatan anda apabila menggunakan laluan LRT Bukit Panjang, kesemua 13 stesen LRT kini dipasang dengan kamera baru yang memanfaatkan AI.

Ini akan membantu menangani sebarang insiden di landasan LRT dengan lebih cepat lagi.

Jika anda berdiri di garisan kuning, bunyi amaran akan dikeluarkan.

Jika seseorang berdiri di atas landasan kereta api, kakitangan pusat kawalan akan diberi amaran mengenai pencerobohan landasan kereta api itu dalam masa beberapa saat sahaja.

Sebelum ini, mereka harus memantau skrin monitor pada setiap masa untuk mengesan sebarang insiden seumpama itu.

Presiden SMRT Lau Sheau Kai berkata: "Sistem iSafe sudah diuji dengan teliti dan ia mencapai kadar pengesanan pencerobohan sebanyak 99.8 peratus. Kami akan terus memperhalusi sistem itu dan melakukan yang terbaik untuk meningkatkan tahap keselamatan penumpang."

Tidak seperti di stesen MRT, hadangan platform dipasang di stesen LRT dan bukan pintu skrin platform.

Jadi, ada ruang terbuka.

Setiap tahun, SMRT dimaklumkan tiga insiden gangguan yang berlaku di laluan LRT Bukit Panjang.

Untuk mengurangkan jumlah insiden sedemikian, para penumpang juga perlu memainkan peranan mereka.

"Para penumpang juga boleh memainkan peranan untuk membantu kami memastikan agar semua orang sampai ke destinasi mereka dengan selamat kerana para penumpang boleh menjaga satu sama lain," kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Dr Amy Khor.

Sistem iSafe itu melengkapkan ciri-ciri keselamatan sedia ada seperti tanda amaran dan pengumuman untuk memberi amaran kepada pengguna yang terlalu dekat dengan landasan.
 

Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita