Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Low Yen Ling jelaskan pengambilan Mikhy Brochez sebagai tenaga pengajar politeknik

Politeknik-politeknik di Singapura akan terus memperketat proses pengambilan tenaga pengajarnya sedang mereka terus menjalankan pemeriksaan terhadap kelayakan dan rujukan majikan sebelum para pemohon diterima bekerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Feb 2019 04:40PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 10:43PM

SINGAPURA: Politeknik-politeknik di Singapura akan terus memperketat proses pengambilan tenaga pengajarnya sedang mereka terus menjalankan pemeriksaan terhadap kelayakan dan rujukan majikan sebelum para pemohon diterima bekerja.

Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan Low Yen Ling memberitahu Parlimen bahawa institusi-institusi pendidikan berdepan dengan beberapa batasan dalam proses tersebut.

Cik Low ditanya tentang usaha wajar yang dijalankan Politeknik Temasek dan Ngee Ann dalam proses pengambilan rakyat Amerika, Mikhy Brochez, sebagai kakitangannya.

Brochez yang terlibat dalam pembocoran Daftar HIV Singapura memalsukan rekod akademiknya dalam permohonan sebagai tenaga pengajar di dua politeknik tersebut.

"Malangnya, tiada sistem yang dapat menapis sama sekali mereka yang berbohong dan menipu," kata Cik Low.

Beliau selanjutnya menjelaskan sejak pendedahan itu, Politeknik Temasek dan Politeknik Ngee Ann menjalankan lebih banyak pemeriksaan ketat termasuk mengesahkan sijil-sijil pendidikan daripada institusi yang mengeluarkannya.

"Namun, secara praktikal, pemeriksaan seperti itu ada batasannya. Sesetengah institusi pendidikan di luar negara mungkin tidak memberikan pengesahan atas sebab-sebab melindungi privasi siswazah mereka," tambah Cik Low.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan