Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Low Thia Khiang ‘semakin beransur pulih’, kata ketua WP Pritam Singh

Mantan ketua Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang "semakin beransur pulih" menurut ketua parti itu sekarang, Pritam Singh setelah menziarahinya pada Jumaat (19 Jun), sedang Singapura melangkah ke Fasa 2 pembukaan semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Low Thia Khiang ‘semakin beransur pulih’, kata ketua WP Pritam Singh

(Gambar: Facebook/Workers' Party)

Diterbitkan : 20 Jun 2020 09:57AM Dikemas Kini : 20 Jun 2020 09:58AM

SINGAPURA: Mantan ketua Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang "semakin beransur pulih" menurut ketua parti itu sekarang, Pritam Singh setelah menziarahinya pada Jumaat (19 Jun), sedang Singapura melangkah ke Fasa 2 pembukaan semula.

"Saya menziarahi Encik Low di rumahnya malam tadi untuk melihat keadaannya setelah beliau terjatuh teruk pada April," kata Encik Singh dalam satu catatan Facebook.

Beliau berkata sebelum ini beliau perlu bercakap dengan Encik Low menerusi panggilan telefon kerana sekatan "tempoh pemutus jangkitan" COVID-19.

"Encik Low semakin beransur sembuh, namun seperti dinasihatkan oleh para doktor, beliau diberitahu agar tidak tergesa-gesa untuk pulih," kata Encik Singh.

"Bagi seorang yang mempunyai semangat dan kesadaran tujuan sepertinya, saya boleh gambarkan nasihat ini pasti sukar untuk beliau patuhi! Namun memandangkan kecederaannya serius, beliau akan mendengar arahan doktor.

"Encik Low rasa tersentuh dan sangat berterima kasih atas segala keprihatinan dan kata-kata sokongan, dan mengucapkan terima kasih kepada semua."

Kedua-dua Encik Low, 61, dan Encik Singh, 42, adalah Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied.

Setelah beliau terjatuh di rumah pada 30 Apr, Encik Low dimasukkan ke unit jagaan rapi dan dirawat bagi kecederaan kepala. Beliau dibenarkan pulang pada 21 Mei.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan