Skip to main content

Singapura

Love, Bonito minta maaf kepada pelanggan setelah data peribadi terbocor

Maklumat peribadi sesetengah pelanggan Love, Bonito mungkin terbocor setelah kod niat jahat dikesan pada laman e-dagang peruncit itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Love, Bonito minta maaf kepada pelanggan setelah data peribadi terbocor

Petikan gambar Internet.

Diterbitkan : 14 Dec 2019 12:23PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 12:28PM

SINGAPURA: Maklumat peribadi sesetengah pelanggan Love, Bonito mungkin terbocor setelah kod niat jahat dikesan pada laman e-dagang peruncit itu.

Dalam kiriman emel kepada para pelanggan pada Jumaat (13 Dis) dan dilihat oleh pihak Mediacorp, peruncit tersebut menyatakan bahawa kod berniat jahat itu dipasang pada lamannya pada Selasa.

"Kami sentiasa komited untuk menyediakan masyarakat pembeli-belah kami dengan persekitaran yang selamat dan kami dengan seikhlasnya memohon maaf atas insiden ini," menurutnya lagi.

Secara berasingan, seorang jurucakap bagi syarikat itu berkata bahawa pihaknya "memandang serius" terhadap serangan itu dan "segelintir" pelanggannya terjejas akibat serangan tersebut.

Sekitar tiga peratus pelanggan mungkin terjejas, dengan data kewangan "segelintir" daripada mereka mungkin digodam.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai jumlah pelanggan yang terjejas akibat penggodaman itu.

"Kami mengambil tindakan serta-merta untuk menghapuskan kod niat jahat itu dan mengambil tindakan selanjutnya untuk meningkatkan tahap keselamatan sistem kami," menurut jurucakap tersebut.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita