Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lori treler 'tidak disenggara dengan baik'; ragut nyawa jurulatih veteran ragbi Slemat Rakisan

Jurulatih ragbi veteran Slemat Rakisan maut selepas terkena tayar yang terkeluar daripada sebuah lori di Ekspreswe Kranji (KJE).

Anggaran Waktu Membaca:
Lori treler 'tidak disenggara dengan baik'; ragut nyawa jurulatih veteran ragbi Slemat Rakisan

Bekas pemain ragbi negara Slemat Rakisan (kedua dari kiri) maut dalam nahas jalan raya pada Mac 2017. (Gambar: Singapore Rugby/Facebook)

Diterbitkan : 11 May 2019 08:55AM Dikemas Kini : 11 May 2019 09:01AM

SINGAPURA: Jurulatih ragbi veteran Slemat Rakisan maut selepas terkena tayar yang terkeluar daripada sebuah lori di Ekspreswe Kranji (KJE).

Tayar tersebut terkeluar daripada sebuah lori dan melantun ke pembahagi jalan raya sebelum ia terkena jurulatih itu, yang sedang menunggang motosikalnya.

Semasa menyampaikan hasil siasatan koroner berhubung kematiannya, Koroner Negara Kamala Ponnampalam berkata pada Jumaat (10 Mei) lori berkenaan "tidak disenggara dengan baik" dan tayar kiri di bahagian belakang tidak diketatkan dengan betul.

Seorang jurutera automotif kanan berkata kenderaan itu "tidak selamat digunakan di jalan raya" sebelum insiden tersebut.

Kematian Slemat akhirnya disifatkan sebagai kemalangan jalan raya yang malang.

Bekas pemain ragbi negara berusia 57 tahun itu meninggal dunia pada 16 Mac 2017. Sebelum ini Allahyarham menyandang jawatan sebagai naib presiden Kesatuan Ragbi Singapura serta presiden Persatuan Kesatuan Pengadil Ragbi Singapura.

Bapa tiga anak itu sedang melakukan perjalanan di KJE menghala ke Ekspreswe Bukit Timah petang itu, manakala lori treler itu pula dipandu dari arah bertentangan menghala ke Ekspreswe Rentas Pulau.

Pada waktu itu, jalan raya kering, jumlah kenderaan sederhana dan jarak daya penglihatan di jalan raya juga baik.

Pemandu lori itu, Encik Tan Bee Kiang, memberikan keterangan bahawa beliau sudah memeriksa kenderaan tersebut awal pagi itu dan tidak mengesan sebarang perkara yang mencurigakan. Beliau sudah bekerja dengan Huationg Inland Transport Service selama empat tahun dan memandu kenderaan itu selama lebih setahun.

Encik Tan juga tidak mendapati sebarang keganjilan semasa memandu, tetapi mula merasakan lori bergegar di kawasan selepas jalan susur keluar Sungei Tengah.

Sedang beliau menuruni bukit, beliau ternampak dua tayar kiri di bahagian belakang terkeluar dari lori ke arah yang bertentangan. Salah satu daripadanya terkena Allahyarham, yang menunggang di lorong paling kanan jalan raya empat lorong itu.

Allahyarham tegelincir lalu tercampak daripada motosikalnya.

Encik Tan berhasil membawa lori itu ke bahu jalan raya dan menghentikannya.

Polis menerima panggilan pada 3.56 petang, dan Allahyarham Slemat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh para paramedik sekitar setengah jam kemudian. Beliau cedera parah, yang konsisten dengan seseorang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Today/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan