Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lori terbakar di PIE dekat Bedok; pemandu dibawa ke hospital

Seorang lelaki berusia 40-an tahun dibawa ke hospital selepas lori yang dipandunya terbakar di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada dinihari Isnin (7 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lori terbakar di PIE dekat Bedok; pemandu dibawa ke hospital

(Gambar: Kenneth Cheng/TODAY)

Diterbitkan : 07 Jun 2021 06:51PM Dikemas Kini : 07 Jun 2021 06:53PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 40-an tahun dibawa ke hospital selepas lori yang dipandunya terbakar di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada dinihari Isnin (7 Jun).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu Mediacorp bahawa pihaknya dimaklumkan tentang sebuah kenderaan yang terbakar di PIE, ke arah Changi, sebelum susur keluar Bedok Reservoir sekitar 12.25 pagi

Seorang wartawan Mediacorp yang lalu di tempat kejadian melihat lori itu terbakar dan mengeluarkan kepulan asap tebal.

Api dipadamkan dengan dua jet air, kata SCDF.

Pemandu lori itu dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) tetapi keadaannya tidak dapat dipastikan.

Pihak CGH menyatakan ia tidak dapat mengulas tentang keadaan pemandu berkenaan atas sebab kerahsiaan pesakit.

Apabila ditanya tentang muatan yang dibawa lori tersebut, SCDF menyatakan ia tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut.

Punca kebakaran sedang disiasat.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan