Lori terbakar di BKE
Sebuah lori terbakar semasa berada di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) menghala ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada Jumaat (13 Sep).

Sebuah lori terbakar di BKE pada 13 Sep 2019 (Gambar ihsan: Christopher)
SINGAPURA: Sebuah lori terbakar semasa berada di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) menghala ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada Jumaat (13 Sep).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya memberi respons kepada kejadian yang berlaku selepas jalan keluar Mandai Road itu pada sekitar 5.00 petang.
Rakaman video kejadian tersebut menunjukkan kenderaan berkenaan hangus ditelan api marak yang menghasilkan asap hitam.
Sekurang-kurangnya enam anggota bomba kelihatan cuba memadamkan kebakaran.
Menurut SCDF, tiada kecederaan dilaporkan manakala kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan jet air dan gelung hos.
Punca kebakaran sedang disiasat.
Kejadian ini yang kedua dilaporkan dalam tempoh kurang 24 jam, melibatkan kenderaan besar yang terbakar di jalan raya.
Pada Khamis (12 Sep) malam, sebuah bas terbakar ketika melalui sebuah jejambat di Jurong East.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.