Skip to main content

Singapura

Lori simen terbalik di Chinatown; pemandu dibawa ke hospital

Anggaran Waktu Membaca:
Lori simen terbalik di Chinatown; pemandu dibawa ke hospital

Sebuah trak simen terbalik di Eu Tong Sen Street pada 19 Jul 2025. (Gambar: Facebook/Singapore roads accident.com)

Diterbitkan : 20 Jul 2025 09:53AM Dikemas Kini : 20 Jul 2025 09:55AM
SINGAPURA: Seorang lelaki dihantar ke hospital selepas lori simen yang dipandunya terbalik di sebuah jalan di Chinatown pada Sabtu (19 Jul).

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada pukul 5.00 petang.

Menurut polis, lori simen tersebut "tergelincir" di Eu Tong Sen Street menghala ke Hill Street.

Pemandu berusia 52 tahun, yang masih dalam keadaan sedar ketika itu, dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Lelaki itu juga sedang membantu siasatan, yang kini masih dijalankan, kata polis.

Pada Mei, lebih 80 pemandu kenderaan berat dikenakan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, termasuk memandu laju, menggunakan peranti mudah alih semasa memandu, atau gagal memaparkan pelekat had laju dengan jelas.
Sumber : CNA/IM/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita