Lori kren mesti pasang sistem kawalan kestabilan mulai 2025 bagi elak risiko tumbang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai 2025, lori-lori kren yang baharu didaftarkan mesti siap dipasang sistem kawalan kestabilan, untuk mengelak risiko tumbang bagi kenderaan berat seperti itu.
Dalam tempoh sedekad lalu, 63 peratus daripada semua insiden berbahaya melibatkan lori kren boleh dicegah dengan sistem kawalan kestabilan, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (3 Jul).
Terdapat 14 insiden berbahaya melibatkan lori kren antara 2020 dengan 2024, dengan dua kematian.
Lori-lori kren digunakan untuk memuatkan dan memunggah bahan-bahan dan peralatan, dan seringkali digunakan di tempat-tempat awam, menurut MOM.
"Jika kren itu tumbang, ia boleh menyebabkan kesan teruk ke atas para pekerja dan boleh menjejas serta meninggalkan kesan ke atas orang awam," kata Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng pada Rabu.
Merujuk kepada insiden yang berlaku pada Mei apabila sebuah lori kren tumbang dan mencederakan seorang pekerja semasa ia mengangkat konkrit, Encik Tan berkata ini mungkin boleh dicegah jika sistem kawalan kestabilan sudah dipasang.

Lori kren mempunyai penstabil dalam bentuk lunjuran yang dilanjutkan dari bahagian casis kenderaan.
Namun dalam sekitaran tertentu di mana ruang terbatas, penstabil itu tidak boleh dilanjutkan lebih jauh. Ini menjejas keselamatan operasi mengangkat muatan, menurut MOM.
Sistem kawalan kestabilan boleh mengesan pengerahan dan pelanjutan setiap penstabil, dan juga mengambil kira berat muatan yang diangkat oleh lori kren.
Sistem itu kemudian mengira dan menyekat pergerakan kren dalam lingkungan zon selamat.
Semasa previu media di Tiong Woon Logistics pada Selasa, sebuah lori kren yang dipasang dengan sistem kawalan kestabilan membunyikan alat penggera dan mengeluarkan lampu jingga apabila kren sudah mencecah had zon selamat untuk mengangkat muatan.

Encik Henry Ong, timbalan pengerusi operasi Tiong Woon, berkata langkah baharu itu akan mengurangkan tempoh tergendala dan meningkatkan produktiviti dengan membantu mencegah kemalangan disebabkan isu kestabilan.
"Kami menjangkakan aliran kerja yang lebih lancar sedang peralatan kami lebih boleh diyakini dan kurang kemungkinan untuk tumbang atau hilang imbangan," beliau memberitahu wartawan.
Sekalipun demikian, masih ada sedikit cabaran, termasuk kos pelaburan awal, waktu yang diperlukan untuk memasang sistem pada semua kenderaan dan memastikan semua pengendali lori kren dilatih untuk mengendalikan sistem tersebut.
Menurut Encik Ong, kos memasang sistem kawalan kestabilan itu antara S$10,000 dengan S$12,500, bergantung kepada model dan ciri tertentu.
Namun beliau menambah, manfaat jangka panjang yang menyusuli langkah terbaharu itu lebih besar daripada cabarannya.
Pengendali lori kren Tiong Woon akan menerima latihan menyeluruh selain kursus-kursus penyegaran dan penilaian bagi memastikan kecekapan mengendalikan sistem kawalan kestabilan itu.
Salah satu daripadanya ialah Encik Teo Swee Tee, yang sudah bertugas sebgai pemandu lori kren sekitar 20 tahun.
Menurut Encik Teo walaupun sistem kawalan kestabilan itu boleh membantu dari segi keselamatan, masih penting untuk para pengendali mendahulukan keselamatan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada teknologi.
Ini termasuk menumpukan perhatian kepada kawasan di mana lori kren diletakkan, berat muatan serta sejauh mana dan setinggi mana ia diangkat, kata beliau.
Encik Samuel Siew, pengerusi pasukan bertindak Majlis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja bagi kren dan kegiatan mengangkat, juga berkata keselamatan dalam operasi mengangkat bukan setakat tentang teknologi. Ia juga tentang latihan, termasuk memerhatikan keadaan di sekeliling lori kren.
Sistem kawalan kestabilan mesti memenuhi syarat-syarat tertentu untuk memenuhi syarat MOM, termasuk dipasang oleh pengilang lori kren sendiri atau dipasang oleh ejen sah.
Meskipun syarat-syarat itu untuk lori kren yang baharu didaftarkan, para pemilik lori kren sedia ada tanpa sistem kawalan kestabilan yang boleh diterima juga sangat digalakkan untuk memasangnya, menurut MOM.
Untuk membantu dari segi kos, perniagaan boleh memohon geran sehingga 70 peratus kos membeli atau memasang sistem kawalan kestabilan itu.
Geran tersebut sudah boleh dimohon sehingga Mac 2025, dan dihadkan pada S$7,000 bagi setiap lori kren dan S$20,000 bagi setiap entiti perniagaan.
Berucap di acara tahunan keselamatan di tempat kerja anjuran Singapore Contractors Associated Limited, Encik Tan berkata Singapura harus menggunakan teknologi dengan lebih baik untuk meningkatkan prestasi keselamatan dan produktiviti dalam sektor binaan.
Singapura ada "tugas moral" untuk memastikan kebajikan pekerja memandangkan mereka merupakan tunjang sektor bina, kata beliau.
Keselamatan tempat kerja juga membawa manfaat ekonomi, kata beliau, kerana kematian atau kecederaan parah boleh menyebabkan syarikat menanggung beban kos setinggi S$600,000, termasuk kehilangan daya produktiviti dan kontrak masa akan datang.
Kadar kematian di tempat kerja dalam sektor binaan sudah merosot 40 peratus, dari 5.5 bagi setiap pekerja pada 2014 kepada 3.4 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2023.
Namun secara purata, kadar sektor itu masih sekurang-kurangnya dua setengah kali lebih tinggi berbanding kadar nasional dalam 10 tahun lalu, kata Encik Tan.
Dalam satu lagi kemalangan melibatkan lori kren di Defu Avenue 2 pada Mei 2022, seorang pekerja maut setelah terhempap di bawah sebatang paip besi besar apabila lori kren tumbang.
Pada Jun, sebagai tindakan pencegahan terhadap pelanggaran peraturan keselamatan di tempat kerja, denda maksimum bagi kesalahan sedemikian naik daripada S$20,000 kepada S$50,000.

Sumber : CNA/NK/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.