Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lori bergerak lawan arus trafik di TPE; pemandu diberkas

Seorang lelaki 28 tahun yang disyaki memandu sebuah lori melawan arus trafik di Ekspreswe Tampines (TPE) ditangkap, menurut kenyataan media polis pada Ahad (12 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Lori bergerak lawan arus trafik di TPE; pemandu diberkas

(Gambar: Facebook/SG Road Vigilante)

Diterbitkan : 12 Apr 2020 03:25PM Dikemas Kini : 12 Apr 2020 03:31PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 28 tahun yang disyaki memandu sebuah lori melawan arus trafik di Ekspreswe Tampines (TPE) ditangkap, menurut kenyataan media polis pada Ahad (12 Apr).

Polis trafik menerima beberapa panggilan mengenai insiden tersebut yang berlaku pada Khamis malam pada sekitar 11.40 malam. Tiada kecederaan dilaporkan.

Beberapa petikan video yang menunjukkan lori itu bergerak melawan arus trafik, dimuat naik online.

Dalam beberapa video, lori itu kelihatan dipandu dengan lampu depannya dimatikan. Dalam beberapa klip lain, lori itu memancarkan lampunya berkali-kali ke arah kenderaan yang menghampirinya semasa bergerak di ekspreswe.

Setelah siasatan dilakukan menggunakan rakaman kamera CCTV, polis trafik berjaya mengenal pasti pemandu terlibat. Dia diberkas pada Sabtu kerana disyaki memandu dengan cara berbahaya.

Lesen memandu lelaki itu digantung serta merta, dan polis menambah siasatan sedang dijalankan.

Pengguna jalan raya yang didapati memandu secara berbahaya boleh didenda hingga S$5,000 atau dipenjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan berulang, pemandu itu boleh didenda sehingga S$10,000 atau dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. Mereka juga boleh diharamkan daripada memandu.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan