Lori bentuk 4% kecederaan nahas lalu lintas; usaha pertingkat keselamatan pengguna jalan raya 'berdasarkan bukti'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penumpang lori, termasuk mereka yang berada di bahagian depan kabin kenderaan, secara purata membentuk sekitar empat peratus kecederaan keseluruhan tahunan akibat kemalangan jalan raya sejak lima tahun lalu.
Demikian menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dan rakan-rakan agensi pemerintah pada Rabu (2 Ogos).
"Usaha kami akan tetap berdasarkan bukti dan memberi tumpuan kepada meningkatkan keselamatan semua pengguna jalan raya," menurutnya dalam respons kepada pertanyaan media berhubung pengangkutan pekerja yang menggunakan lori.
Daripada semua jenis kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, motosikal menyumbang kepada jumlah kecederaan tertinggi, iaitu sekitar 50 peratus setiap tahun, menurut satu respons bersama.
Respons bersama itu dikeluarkan berikutan petisyen mengenai pengangkutan para pekerja menggunakan lori dan kenyataan bersama oleh 25 badan perniagaan pada Selasa (1 Ogos).

BACA: Kumpulan perniagaan SG beri amaran mengenai 'kerumitan', lebih banyak kesesakan trafik jika firma diharamkan angkut pekerja guna lori
Meskipun semua pihak berkepentingan setuju tentang pentingnya keselamatan, terdapat pendapat bercampur-campur tentang larangan pekerja yang dibawa menaiki lori, dedah pemerintah dalam respons bersama pada Rabu.
"Pemerintah sedar bahawa ia tidak sesuai untuk mengangkut pekerja menggunakan lori, namun kami juga faham keprihatinan jujur oleh para majikan," menurut respons bersama itu.
Menurut kenyataan itu, majikan dan persatuan industri sudah berkongsi keprihatinan mereka jika pemerintah mengenakan larangan terhadap penggunaan lori, banyak syarikat tidak dapat meneruskan operasi perniagaan mereka.
"Kakitangan mereka, kedua-dua warga Singapura dan pekerja hijrahan, berdepan risiko hilang pekerjaan mereka jika syarikat tersebut ditutup," tambah kenyataan itu.
Dengan kesedaran terhadap cabaran dan keseimbangan, sebilangan kementerian dan agensi juga sudah menggalak syarikat dan persatuan industri untuk bergerak ke arah aturan pengangkutan alternatif bagi pekerja mereka, tanpa mengeluarkan pengecualian di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya.

BACA: Kumpulan hak pekerja hijrahan SG gesa garis masa haramkan pekerja diangkut lori
Pemerintah juga "bekerja rapat dengan pihak berkepentingan terhadap langkah-langkah tambahan", termasuk peraturan mengisi sepenuhnya tempat duduk di kabin hadapan sebelum menggunakan bahagian belakang buat pekerja, memasang pelindung hujan dan pagar lebih tinggi pada lori ketika mengangkut pekerja.
Langkah lain termasuk mengetatkan syarat mendapatkan lesen bagi pemegang Pas S dan Permit Pekerja, serta mengenakan denda lebih tinggi bagi mereka yang tidak mematuhinya.
Langkah keselamatan tersebut sudah "membantu mempertingkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko buat pekerja".
Jumlah purata kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan penumpang lori turun separuh dari kira-kira enam setiap tahun dari 2013 hingga 2017, kepada sekitar tiga dari 2018 hingga 2022.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.