Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lori bawa pekerja wajib dipasang penghad kelajuan, pelindung hujan

Anggaran Waktu Membaca:
Lori bawa pekerja wajib dipasang penghad kelajuan, pelindung hujan

Gambar Hiasan: CNA

Diterbitkan : 09 Mar 2022 02:57PM Dikemas Kini : 09 Mar 2022 03:09PM

SINGAPURA: Dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan para pekerja, penghad kelajuan dan pelindung hujan akan diwajibkan ke atas lori-lori yang membawa mereka, kata Menteri Negara Kanan, Amy Khor pada Rabu (9 Mac)

"Untuk melindungi nyawa dan mata pencarian, kami perlu mengambil pendekatan seimbang dan membuat perubahan yang mampan," kata Dr Khor semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan kementeriannya.

"Banyak perusahaan kecil dan sederhana (SME), terutama sekali dalam sektor perdagangan, berkongsi kepada kami kekangan yang dihadapi - ia mungkin perlu mengangkut segelintir pekerja dengan peralatan besar ke beberapa lokasi berbeza dalam sehari.

"Ia mencabar dari segi operasi dan tidak cekap bagi mereka untuk menyediakan bas buat para pekerja dan mengangkut peralatan mereka menggunakan lori secara berasingan," katanya.

Pengusaha bas privet memberitahu pihak berkuasa bahawa ada terdapat "sememangnya kekurangan bas privetdan pemandu" untuk membawa jumlah pekerja yang ramai dari sektor-sektor pengilanga dan binaan, marin serta pemprosesan, terutama sekali apabila kegiatan lain seperti pelancongan disambung semula selepas COVID-19, tambah Dr Khor.

Mengambil dalam pertimbangan cabaran serta keprihatinan itu, Polis Trafik (TP), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan melancarkan beberapa langkah untuk meningkatkan keselamatan bagi pengangkutan para pekerja.

Peningkatan ini menyusuli satu semakan silang agensi yang melibatkan kumpulan industri, pakar keselamatan, pengendali pengangkutan, syarikat privet, pertubuhan bukan pemerintah dan institusi akademik, menurut agensi-agensi itu dalam satu kenyataan bersama.

PENGHAD KELAJUAN UNTUK LORI

Semua lori dengan berat muatan maksimum (MLW) melebihi 3,500 kilogram perlu dilengkapi dengan penghad kelajuan.

Di bawah peraturan baru, semua lori disyaratkan dilengkapi dengan peranti pengurusan kelajuan.

Majikan juga harus memastikan bahawa pemandu lori, khususnya mereka yang menggalas dua tanggungjawab untuk membawa pekerja dan bekerja di tapak, mendapat "rehat secukupnya" sebelum memandu, menurut agensi-agensi itu.

Ini di samping peraturan sedia ada berhubung jumlah waktu kerja.

Butiran lanjut mengenai langkah-langkah tersebut akan dikongsikan pada satu tarikh kelak.

TALI PINGGANG DI DEK BELAKANG LORI "TIDAK BOLEH DILAKSANA"

Semua lori yang digunakan untuk membawa pekerja perlu dipasangkan dengan pelindung hujan untuk melindungi pekerja daripada tempiasnya.

LTA sudahpun berunding dengan pengedar dan bengkel-bengkel kenderaan bermotor mengenai kebolehlaksanaan cadangan untuk memasang tali pinggang keledar di geladak belakang lori.

Bagaimanapun, maklum balas mereka kekal bahawa "memasang tali pinggang keledar tidak boleh dilaksanakan dan bahkan boleh menimbulkan risiko keselamatan", kata Dr Khor.

Akan ada juga "isu kebertanggungjawaban" sekiranya pengubahsuaian sedemikian dibuat tanpa sokongan daripada pembuat lori, tambah Dr Khor.

"Tanpa industri yang boleh membawa masuk lori dengan tali pinggang keledar dan menjamin keselamatan mereka, ia tidak berhemat dari segi kos untuk mewajibkan perkara ini."
 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan