Lonjakan COVID-19 di Asia Tenggara: Pakar tekankan tanggungjawab peribadi, tidak perlu laksana semula sekatan era pandemik
Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai memakai pelitup di Tampines. (Gambar Hiasan: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA/KUALA LUMPUR: Lonjakan pada jumlah kes COVID-19 mendorong pihak berkuasa di Asia Tenggara untuk meningkatkan langkah-langkah bagi menghadkan penularan penyakit itu seperti memasang alat pengimbas suhu badan di pintu masuk antarabangsa dan menggesa orang ramai supaya memakai pelitup.
Bagaimanapun, para pakar kesihatan memberitahu Mediacorp bahawa sekatan-sekatan era pandemik seperti penutupan sempadan tidak diperlukan kerana sistem jagaan kesihatan di rantau ini sudah bersiap sedia menangani lonjakan pada jumlah kes jangkitan.
Di Malaysia, Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Dr Dzulkefly Ahmad pada Khamis (14 Dis) berkata kerajaan mungkin mengumumkan arahan tambahan untuk memerangi lonjakan kes COVID-19, yang mungkin termasuk perintah untuk arahan untuk mendapatkan dos penggalak terutamanya bagi mereka yang lebih terdedah kepada komplikasi daripada penyakit itu.
Sehari sebelum itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup semasa mengadakan pertemuan bersama rakan dan keluarga selepas jumlah kes COVID-19 di negara itu meningkat hampir dua kali ganda kepada 12,757 kes pada minggu 3 hingga 9 Dis. berbanding minggu sebelumnya
Sementara itu di Indonesia, pihak berkuasa kesihatan menggesa orang ramai supaya melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka dan memakai pelitup apabila berada di khalayak ramai.
Setakat sehingga Selasa (12 Dis), Indonesia merekodkan sejumlah 6,223 kes aktif COVID-19, dengan peningkatan sebanyak 298 kes berbanding minggu sebelumnya.
Surat pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan negara itu turut menggesa pertubuhan-pertubuhan supaya memantau kes baharu secara aktif dan memastikan ketersediaan vaksin di semua klinik kesihatan pemerintah.
Alat pengimbas suhu badan juga telah dipasang di beberapa pintu masuk antarabangsa Indonesia, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali dan Pelabuhan Antarabangsa Batam.
Di Thailand pula, jumlah kemasukan ke hospital akibat jangkitan COVID-19 menyaksikan lonjakan terbesar minggu lalu, iaitu 590 kes sejak Julai.
Pada minggu yang sama, sebanyak lima kematian akibat jangkitan itu turut direkodkan, menurut Bangkok Post.
Walaupun para pakar kesihatan yang ditemui Mediacorp berkata bahawa COVID-19 boleh diurus dengan lebih baik sekarang, mereka sekali lagi menekankan bahawa warga emas dan golongan yang mudah terdedah perlu terus berwaspada.
PERLU TANGGUNGJAWAB INDIVIDU
Di tengah-tengah gesaan daripada pihak-pihak tertentu supaya melaksanakan beberapa jenis rangka kerja yang digunakan semasa kemuncak pandemik, para pakar yang diwawancara oleh Mediacorp memberi jaminan bahawa pihak berkuasa tidak perlu menguatkuasakan sekatan-sekatan era pandemik.
Mereka bagaimanapun menegaskan bahawa orang ramai mesti memainkan peranan mereka untuk kekal selamat, seperti dengan melengkapkan vaksinasi mereka atau memakai pelitup apabila berada di tempat-tempat yang sesak.
Pada Jumaat, mantan menteri kesihatan Khairy Jamaluddin dan mantan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Ong Kian Ming berkata dalam satu kenyataan bahawa sudah tiba masanya kerajaan mengembalikan semula rangka kerja Uji, Lapor, Asingkan, Maklumkan, Dapatkan) (TRIIS) untuk mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi kemungkinan berlaku gelombang baharu jangkitan COVID-19.
Selain itu, mereka turut menggesa kementerian kesihatan supaya mengaktifkan semula program vaksinasi negara melalui kemudahan kesihatan swasta dan awam manakala penggunaan aplikasi mudah alih MySejahtera juga perlu dimulakan semula untuk memantau pesakit COVID-19.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.