Skip to main content

Singapura

Lokasi tetap & penggunaan automasi dapat bantu tingkatkan kadar kitar semula di SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Aug 2023 08:08PM Dikemas Kini : 01 Aug 2023 10:19PM
SINGAPURA: Mengumpul dan mengasingkan tekstil terpakai di satu lokasi yang tetap mungkin dapat meningkatkan kadar mengitar semula di Singapura.

Laporan terbaru Majlis Fesyen Singapura mengenal pasti beberapa hadangan utama kepada usaha mengitar semula tekstil, serta mencadangkan 27 cara agar ia dapat dipertingkatkan.

Buat masa ini, sekitar 15 peratus sisa tekstil yang dihasilkan berjaya dikitar atau digunakan semula.

Laporan itu mencadangkan satu rangkaian tempat pengumpulan yang menggunakan tong-tong bijak.

Tekstil itu kemudian boleh diasingkan melalui kaedah automasi.

Ini dapat memperbaiki skala serta mutu bahan mentah.

Singapura mungkin tidak mempunyai skala cukup besar untuk memanfaatkan teknologi kitar semula lanjutan.

Sebaliknya, laporan itu mencadangkan pelaburan dalam menghasilkan reka bentuk yang lebih mesra alam menggunakan tekstil terpakai.

Pada masa yang sama, tabiat penggunaan yang berlebihan juga perlu turut ditangani.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita