Skip to main content

Singapura

Loji turbin gas & penyimpanan bateri berskala besar bakal siap pada 2029

Sebuah loji tenaga hidrogen baharu bernilai S$1.2 bilion sedang dibangunkan di Pulau Jurong dan akan mewujudkan sebanyak 50 pekerjaan dalam bidang operasi dan penyenggaraan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Sep 2026 08:36PM Dikemas Kini : 20 Nov 2026 11:25AM
Large-scale gas turbine and battery storage plant to be completed in 2029
  • PacificLight Power is building a S$1.2 billion hydrogen power plant on Jurong Island, with work under way and completion expected by 2029.
  • The 670-megawatt facility will combine gas turbines and large batteries, supplying electricity for about 1.2 million four-room flats.
  • Yu Tat Ming said batteries help stabilise the grid during disruptions, while larger units improve efficiency and reduce costs per unit.
  • Dr Tan See Leng said investment in new capacity is important to meet electricity demand, while the plant was built for a low-carbon future.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Sebuah loji tenaga hidrogen baharu bernilai S$1.2 bilion sedang dibangunkan di Pulau Jurong dan akan mewujudkan sebanyak 50 pekerjaan dalam bidang operasi dan penyenggaraan.

Dijangka siap menjelang 2029, loji tersebut adalah loji tenaga pertama Singapura yang memadankan sebuah turbin gas dengan penyimpanan bateri berskala besar.

Langkah tersebut menjadikannya lebih andal dan cekap demi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat, sekali gus memberi perlindungan tambahan terhadap sebarang gangguan bekalan tenaga.

"Bateri ini mempunyai dua fungsi. Sekiranya loji kami mengalami gangguan yang menyebabkan operasi loji terhenti, sebagai contoh, maka bateri kami akan membekalkan tenaga dengan serta-merta, untuk mengurangkan kesan terhadap sistem grid, sementara kami membina unit yang lebih besar.

"Unit yang lebih besar menawarkan kos seunit yang lebih rendah dan kecekapan penjanaan elektrik yang lebih tinggi," kata Ketua Pegawai Eksekutif PacificLight Power, Yu Tat Ming.

Kerja-kerja binaan bagi kemudahan 670 megawatt itu sudah pun bermula secara rasmi.

Apabila siap kelak, ia berupaya menjana bekalan elektrik bagi sekitar 1.2 juta flat empat bilik.

Kecekapan penjanaan elektrik yang lebih tinggi itu akan menjadi semakin penting sedang permintaan elektrik di Singapura dijangka meningkat dengan lebih pantas pada tahun-tahun mendatang, dipacu oleh pengilangan canggih, ekonomi digital dan peralihan kepada pengangkutan elektrik.

"Dalam banyak aspek, megawatt yang dapat disediakan paling pantas adalah megawatt yang akan menang. Memandangkan bekalan tenaga semakin menjadi faktor penting dalam keputusan pelaburan, maka penting untuk menyediakan bekalan tenaga mencukupi pada skala dan kadar yang memenuhi keperluan perniagaan.

"Oleh itu, kita mesti terus melabur dalam kapasiti penjanaan baharu untuk memastikan Singapura dapat menyediakan bekalan tenaga yang mampan dan berdaya saing dari segi harga untuk menyokong pertumbuhan masa depan," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Tenaga dan Perusahaan), Dr Tan See Leng.

Selain itu, loji tenaga hidrogen tersebut juga dibina dengan mengambil kira masa depan Singapura yang rendah karbon.

Ia dijangka berupaya menggunakan campuran sehingga 30 peratus gas hidrogen bersama bahan api lain di peringkat awal, dan beroperasi menggunakan hidrogen sepenuhnya apabila prasarana yang diperlukan tersedia dan bekalan hidrogen dapat diperoleh secara komersial.

Pada masa yang sama, Pacific Light juga sedang meneroka cara untuk menghasilkan hidrogen di dalam negeri.

Sumber : CNA/AI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita