Loji penyulingan air keempat S'pura mula operasi komersil
Loji penyulingan air keempat Singapura di Marina East sudah memulakan operasi komersilnya.
SINGAPURA: Loji penyulingan air keempat Singapura di Marina East sudah memulakan operasi komersilnya.
Loji itu akan dapat menghasilkan sekitar 30 juta gelen air minum, atau 45 kolam renang Olimpik setiap hari.
Ia merupakan kemudahan berskala besar yang pertama di Singapura yang merawat kedua-dua air laut dan air tawar dari Kolam Air Marina.
Agensi Air Kebangsaan (PUB) menyatakan ini akan dapat memperkukuh daya ketahanan bekalan air sedang keadaan cuaca semakin kering.
Loji rawatan air itu turut disepadukan dengan sebuah taman dan dapat diakses oleh orang ramai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.