Loji Pemulihgunaan Air Kranji, Kilang NEWater bakal dibangun semula bagi pertingkat keupayaan rawatan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: PUB)
SINGAPURA: Loji Pemulihgunaan Air Kranji dan Kilang NEWater Kranji akan dibangunkan semula sekitar 2035.
Ini bagi memenuhi unjuran kenaikan penggunaan air di Singapura.
Mengumumkan rancangan itu di samping langkah-langkah lain pada Khamis (2 Mac), Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu juga berkata, semasa Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS), bahawa rekaan awal kemudahan-kemudahan di Kranji itu akan bermula tahun ini.
Singapura kini menggunakan 440 juta gelen air setiap hari, namun jumlah itu dijangka melonjak hampir seganda menjelang 2065.
Pembangunan semula kedua-dua kemudahan itu demi memenuhi jangkaan kenaikan jumlah air terpakai yang akan dikumpulkan dan dirawat.
Ini menyusuli lebih banyak pembangunan perumahan dan tapak perindustrian utama di bahagian utara Singapura seperti Tengah serta Daerah Eko Sungei Kadut.
Loji tersebut akan mempunyai bioreaktor membran – iaitu gabungan bioreaktor konvensional, tangki pengendapan sekunder dan penapisan kepada satu langkah saja, menurut Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dan agensi air PUB dalam satu sidang media bersama.
Teknologi tersebut menggunakan jejak karbon yang lebih kecil daripada rawatan biasa, sementara menghasilkan kumbahan bermutu tinggi yang boleh meringkaskan proses rawatan NEWater yang sedia ada.
Loji tersebut akan dihubungkan kepada Sistem Kumbahan Terowong Dalam, sekali gus melengkapkan sistem tiga rangkaian Singapura untuk penambakan air, dengan Loji Penambakan Air Changi di timur dan Loji Penambakan Air Tuas di barat.
SYARAT BARU KITAR SEMULA UNTUK INDUSTRI GUNA AIR
Mulai 1 Januari tahun depan, industri yang banyak menggunakan air - pembikinan wafer, alatan elektronik dan bioperubatan - perlu memenuhi syarat baru kitar semula air.
"Mereka banyak menggunakan air dan berpotensi tinggi mengitar semula air," jelas Cik Fu semasa mengumumkan syarat wajib itu.
Sekurang-kurangnya 50 peratus kadar kitar semula akan ditetapkan bagi kilang pembikinan wafer yang terlibat dalam pengilangan bahagian hadapan semikonduktor. Kadar kitar semula median dalam kalangan kilang pembikinan wafer sedia ada ialah 43 peratus, menurut PUB. Bagi loji elektronik dan bioperubatan, kitar semula aliran air sisa tertentu akan diwajibkan.
Menurut PUB, ketiga-tiga industri itu adalah antara pengguna air terbesar di Singapura, yang membentuk 17 peratus daripada permintaan air bukan domestik, atau penggunaan air bukan daripada isi rumah.
Syarat baru kitar semula itu akan membolehkan Singapura mencapai penjimatan air sebanyak sembilan juta gelen sehari - iaitu sebanyak 15 kolam renang bersaiz Olimpik setiap hari - dari 2035, menurut PUB.
Syarat itu akan dikenakan kepada projek baru yang menggunakan sekurang-kurangnya 60,000 meter padu air setiap tahun, dan menyerahkan permohonan perancangan mulai Januari 2024. Projek yang sedang dikendalikan dan yang sudah atau akan diserahkan permohonan sebelum 2024, tidak akan terjejas.
PROGRAM PENYELIDIKAN BAGI PERLINDUNGAN PANTAI, PENGURUSAN BANJIR BERNILAI S$125 JUTA
Sementara itu, Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Koh Poh Koon mengumumkan pelancaran program penyelidikan baru yang akan menangani isu kenaikan paras air laut disebabkan perubahan iklim.
Program Penyelidikan Perlindungan Pantai dan Pengurusan Banjir bernilai S$125 juta - yang akan dibiayai di bawah Rancangan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2025 - merupakan yang pertama seumpamanya dan bermatlamat untuk mengukuhkan keupayaan perlindungan pantai dan pengurusan banjir darat dengan menimba pengetahuan dalam bidang-bidang tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.