Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Loji minyak ExxonMobil di Pulau Jurong terbakar

Satu kebakaran berlaku di tangki penyulingan minyak di Pulau Jurong pada pagi Sabtu (23 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Loji minyak ExxonMobil di Pulau Jurong terbakar

Kemudahan penyulingan minyak ExxonMobil di Pulau Jurong (Gambar: ExxonMobil)

Diterbitkan : 23 Mar 2019 04:57PM Dikemas Kini : 23 Mar 2019 05:01PM

SINGAPURA: Satu kebakaran berlaku di tangki penyulingan minyak di Pulau Jurong pada pagi Sabtu (23 Mac).

Menurut ExxonMobil, kejadian berlaku pada sekitar 9.45 pagi.

"Kebakaran membabitkan sisa di dalam sebuah tangki yang ketika itu kosong dan sedang menjalani kerja-kerja penyengaraan," menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

"Pasukan bertindak kecemasan syarikat dan SCDF segera menyimbah tangki berkenaan menggunakan lima jet air besar untuk menyejukkan bahagian luar tangki."

Tiada kecederaan dilaporkan dan semua kakitangan sudah dikesan, menurut seorang jurucakap ExxonMobil yang menambah kebakaran berjaya dikawal pada sekitar 10.30 pagi.

"Punca insiden sedang disiasat," menurut jurucakap itu lagi.

Kemudahan penyulingan di Pulau Jurong, berserta sebuah lagi tapak di Pioneer Road, memproses sekitar 592,000 tong minyak sehari, menurut laman ExxonMobil.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan