Skip to main content

Singapura

Loji janakuasa bawah tanah terbesar bakal dibangunkan di Pasir Panjang

Singapura akan membina sebuah loji janakuasa bawah tanah terbesar di negara ini. Ia seluas tiga hektar atau lebih tiga padang bola sepak.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 May 2018 07:16PM Dikemas Kini : 31 May 2018 12:47AM

SINGAPURA: Singapura akan membina sebuah loji janakuasa bawah tanah terbesar di negara ini. Ia seluas tiga hektar atau lebih tiga padang bola sepak.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong mengumumkan demikian hari ini (30 Mei) di pelancaran pameran perjalanan pembangunan bawah tanah negara ini.

Loji janakuasa bawah tanah itu akan dibina SP Group di tapak bekas Jana Kuasa Pasir Panjang. Apabila siap pada 2025, loji dengan kuasa 230 kilovolt itu akan dapat menjana elektrik untuk sehingga dua bandar perumahan awam.

Ia juga akan disepadukan dengan sebuah bangunan komersil yang terletak di atasnya. Pembangunan seluas 2.3 hektar itu adalah sebahagian daripada pelan induk pemerintah untuk mendapatkan lebih banyak sokongan infrastruktur bawah tanah.

Related article image

Pelan induk tersebut akan didedahkan di beberapa kawasan terpilih menjelang tahun depan. 

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita