Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Loh Kean Yew positif COVID-19; tarik diri daripada Kejohanan Terbuka Switzerland

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jaguh badminton dunia, Loh Kean Yew, menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Switzerland minggu ini selepas beliau disahkan positif COVID-19.

"Saya dijangkiti COVID sejak beberapa hari lalu, itulah sebabnya saya terpaksa menarik diri daripada temasya Terbuka Switzerland. Gejala yang saya alami sejauh ini adalah ringan dan saya sedang memantau keadaan saya dengan teliti," tulis Loh dalam catatan di akaun media sosialnya pada Rabu (23 Mac).





Ketika menjawab pertanyaan media, Persatuan Badminton Singapura (SBA) menyatakan Loh diuji positif di Kejohanan Terbuka All England, di Birmingham, pada minggu lalu.

"Oleh itu, beliau belum cukup sihat untuk bersaing di Switzerland dan tidak boleh membuat penerbangan sehingga diuji negatif," kata jurucakap SBA.

"Gejalanya setakat ini ringan dan beliau boleh menjalani kehidupan seperti biasa di United Kingdom (UK)," tambah jurucakap itu sambil menambah Loh perlu menunggu sebelum beliau boleh kembali ke Singapura.

Loh tersingkir di pusingan pertama Kejohanan Terbuka All England pada 16 Mac lalu selepas tewas kepada Anders Antonsen dari Denmark dalam kategori perseorangan lelaki.

Pada Disember tahun lalu, Loh mencipta sejarah dengan menjadi rakyat Singapura pertama untuk memenangi gelaran Kejuaraan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan