Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Log masuk SingPass tidak lagi perlu token fizikal mulai April 2021

Mulai April tahun depan, token-token keselamatan fizikal akan dimansuhkan bagi log masuk SingPass.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Mar 2020 09:29PM Dikemas Kini : 01 Apr 2020 12:27AM

SINGAPURA: Mulai April tahun depan, token-token keselamatan fizikal akan dimansuhkan bagi log masuk SingPass.

Pemerintah menyatakan buat masa ini, hanya 2 peratus transaksi SingPass memerlukan pengesahan dua faktor (2FA) yang menggunakan token OneKey.

Ini berbanding 98 peratus urus niaga yang menggunakan aplikasi telefon bijak SingPass dan khidmat pesanan ringkas (SMS) 2FA.

Pemerintah menambah bahawa pihaknya akan menghentikan pengagihan dan penggantian token mulai Oktober tahun ini.

Ini setelah pengguna app telefon bijak SingPass mencecah sejuta pengguna.

SingPass memberikan akses kepada lebih 300 perkhidmatan digital pemerintah serta perkhidmatan dari 16 badan privet.

Sehingga hari ini, hampir 3.5 juta pengguna sudah mengaktifkan 2FA untuk log masuk dan mereka yang terjejas akan dibantu dalam peralihan ini.

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan