Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Loceng pintu CCTV yang rakam penghantar makanan Foodpanda curi barang jadi tumpuan warga net

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang penghantar makanan Foodpanda dirakam mencuri salah satu daripada dua bungkusan yang ditinggalkan di luar sebuah flat menerusi CCTV, menurut satu video TikTok yang tular.

Video TikTok itu yang dimuat naik oleh pengguna @ginerfilms meraih lebih 190 ribu tontonan.

Dalam video tersebut, penghantar makanan berkenaan dilihat membelek-belek dua bungkusan berwarna hitam, yang ditinggalkan di luar flat itu. Lelaki berkenaan memeriksa pakej tersebut sebelum dia kemudian mengambil salah satu daripadanya lalu meninggalkan tempat itu.

Video itu jelas mencuri perhatian ramai warga net. Segelintir daripada mereka malah bertanya sama ada aduan polis sudah dibuat, manakala yang lain ingin mengetahui apa sebenarnya yang dicuri lelaki terbabit.

Namun, tidak dijangkakan sama sekali ramai warga net dilihat sibuk membincangkan mengenai loceng pintu bervideo dan peranti rumah bijak serta di mana untuk mendapatkannya.
Sementara itu, Foodpanda sudah memberi respons berhubung insiden berkenaan dan memberitahu Mediacorp: "Individu itu sudah dikenal pasti dan akaunnya sudah ditamatkan. Foodpanda tidak bertoal ansur sama sekali terhadap sebarang kegiatan jenayah dan tindakan segera, seperti penggantungan atau senarai hitam, diambil terhadap rakan penghantar yang didapati melanggar undang-undang."
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan