Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Little Farms didenda, gagal buat aturan bagi pemeriksaan SFA, jual makanan import sebelum diperiksa

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Little Farms didenda S$13,500 pada Isnin (13 Feb) kerana gagal membuat aturan bagi makanan yang diimport menjalani pemeriksaan dan malah, menjual makanan berkenaan sebelum ia diperiksa.

Syarikat tersebut, yang mempunyai enam cawangan, mengimport pelbagai produk kambing beku pada Oktober 2020 dan makanan laut pada Julai 2022.

Pada kedua-dua kesempatan itu, Little Farms gagal membuat aturan bagi Agensi Makanan Singapura (SFA) memeriksa, menilai dan mengesahkan import tersebut. Syarikat itu menjual produk-produk makanan berkenaan sebelum pemeriksaan dijalankan.

Pengimport di Singapura mesti membuat aturan bagi produk daging dan ikan yang diimport diperiksa dan disahkan oleh pihak berkuasa sebelum ia dijual, diagihkan atau dieksport, menurut SFA.

Agensi tersebut menambah bahawa produk daging atau ikan yang didapati tidak selamat untuk dimakan akan dirampas dan dibuang.

Pesalah yang gagal membuat aturan bagi produk daging diperiksa, dinilai dan disahkan oleh pihak berkuasa sebelum ia dijual atau diagihkan, boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang menjual daging yang belum diperiksa, boleh didenda sehingga S$50,000, dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan berulang, mereka boleh didenda sehingga S$100,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan