Literasi digital, nilai kukuh penting bantu belia buat pilihan bijak online: Rahayu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Meta)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Perlindungan teknologi perlu disokong dengan literasi digital, nilai yang kukuh serta sokongan berterusan daripada pelbagai pihak dalam masyarakat bagi membantu mereka mengharungi cabaran dunia digital.
Menteri Negara Pembangunan Digital dan Penerangan merangkap Kesihatan, Rahayu Mahzam berkata demikian semasa satu sesi dialog di acara pelancaran pameran Digital Dialogue IRL pada Jumaat (25 Jun).
Digital Dialogue IRL merupakan satu pengalaman pembelajaran interaktif bagi memupuk perbualan yang bermakna berkenaan keselamatan di wadah online serta tentang tabiat media sosial di kalangan golongan belia, ibu bapa dan para pendidik.
Ia dihadiri sekitar 100 penggubal dasar, pencipta kandungan, duta belia dan rakan masyarakat.
LENGKAPI BELIA DENGAN LITERASI DIGITAL DAN NILAI KUKUH
Dialog anjuran Meta itu yang bertemakan "Berbincang Bersama: Bagaimana Sekolah dan Masyarakat Boleh Memperkasa Belia Menerusi Perbualan Interaktif" membincangkan cara remaja, ibu bapa dan pendidik boleh mendorong lebih perbincangan terbuka terhadap keselamatan dalam talian.
Semasa dialog itu, Cik Rahayu berkata kemahiran literasi digital kini melangkaui sekadar mengetahui cara menggunakan teknologi.
"Mereka perlu memahami ruang digital, mengetahui alat yang tersedia dan memahami bagaimana semuanya berfungsi kerana ia penting dalam memastikan pengalaman dalam talian yang lebih selamat," jelasnya.
Ini termasuk memahami fungsi algoritma yang menentukan kandungan dipaparkan kepada pengguna, mengetahui bagaimana tetapan keselamatan boleh digunakan bagi mengawal pengalaman mereka dalam talian, serta menyedari bagaimana kandungan yang dilihat boleh dipengaruhi oleh tabiat penggunaan mereka sendiri.
Namun, menurut beliau, celik digital sahaja tidak mencukupi.
Belia juga perlu mempunyai keyakinan diri yang berteraskan nilai serta keupayaan membuat pertimbangan apabila berdepan pelbagai kandungan dalam talian.
Menurut beliau, antara contoh paling mudah ialah tidak menjadikan jumlah tanda 'likes' di media sosial sebagai ukuran nilai diri.
"Mereka juga perlu berupaya membezakan kandungan yang tulen daripada kandungan yang dijana kecerdasan buatan (AI), serta memahami bahawa sesuatu pandangan yang dipaparkan dalam talian tidak semestinya mewakili keseluruhan perspektif," tambahnya lagi.
Cik Rahayu disertai beberapa pakar lain semasa sesi perbincangan tersebut.
Ia termasuk pencipta kandungan dan pelakon, Nurul Aini Abdul Rahim; dan naib pengetua Sekolah Menengah Damai, Cik Premlatha Selvaraj.

KERJASAMA SELURUH MASYARAKAT PERKASA KESELAMATAN DIGITAL
Namun, Cik Rahayu mengakui usaha membentuk daya pertimbangan dalam kalangan remaja "lebih mencabar dan memerlukan sokongan ibu bapa, sekolah serta masyarakat".
Justeru, usaha membina tabiat digital yang sihat dalam kalangan belia memerlukan pendekatan seluruh kampung, tegas Cik Rahayu.
"Ramai ibu bapa tahu mereka perlu berbincang dengan anak-anak mengenai keselamatan dalam talian, tetapi mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan itu. Sebab itu kita mahu menghidupkan sumber-sumber yang ada supaya lebih mudah diamalkan dalam kehidupan seharian," katanya.
Sebagai contoh, beliau merujuk kepada portal Be Screen Smart yang disediakan sebagai pusat rujukan mengenai keselamatan digital.
Antara lain, pemerintah juga bekerjasama dengan rakan masyarakat menterjemahkan sumber-sumber tersebut kepada program yang lebih praktikal, termasuk menerusi bengkel keibubapaan dan aktiviti keluarga yang membantu ibu bapa memulakan perbualan mengenai dunia digital bersama anak-anak.
PAMERAN BAHARU META BUKA RUANG PERBINCANGAN TENTANG DUNIA DIGITAL
Pameran interaktif Dialog Digital IRL yang menggalak remaja berusia 13 hingga 18 tahun, ibu bapa, pendidik dan masyarakat berbincang mengenai keselamatan online, tabiat penggunaan media sosial serta kesejahteraan digital menerusi pelbagai senario interaktif.
Dianjurkan dengan kerjasama studio ilustrasi tempatan, EYEYAH!, pameran itu menggunakan kad perbualan visual menarik, permainan mudah, soalan panduan dan skrin interaktif untuk mencetus renungan mengenai pelbagai isu di ruang digital
Ia meliputi beberapa topik utama, termasuk tempoh penggunaan alat digital, amalan perbandingan antara satu sama lain, memahami alat-alat mengawal kandungan, tekanan rakan sebaya, gejala buli siber serta kepentingan mengimbangi dunia siber dengan dunia bersemuka.
Pameran tersebut juga mendidik ibu bapa dan remaja kepada ciri keselamatan dalam ‘Akaun Remaja’ di Instagram, Facebook dan Messenger.
Ciri ‘Akaun Remaja’ ialah untuk pengguna berusia 13 tahun atau lebih menyekat kandungan sensitif dan tidak boleh dilonggarkan tanpa pengesahan ibu bapa.
Orang awam boleh mengunjungi pameran tersebut hingga 31 Julai di Temasek Shophouse secara percuma.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.