Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lionel Yeo lepaskan jawatan CEO Hab Sukan apabila Pemerintah ambil alih pengurusan kemudahan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hab Sukan Lionel Yeo akan meletak jawatan pada 9 Disember apabila Pemerintah mengambil alih pengurusan kemudahan tersebut. 

Encik Yeo sebelum ini menolak peluang untuk meneruskan tugasnya di Hab Sukan kerana berpandangan bahawa menyertai entiti baru dalam sektor awam "tidak selaras dengan rancangan kerjaya peribadinya". 

Demikian dikongsikan Encik Yeo, 49 tahun, semasa satu temu bual bersama Mediacorp pada Khamis (3 Nov), di mana beliau berkongsi tentang masanya berkhidmat selaku ketua eksekutif Hab Sukan yang menguruskan hab tersebut sepanjang pandemik COVID-19. 

Encik Yeo bertugas dalam perkhidmatan awam selama 22 tahun dan merupakan CEO Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dari 2012 hingga 2018. Beliau kemudian menyertai firma teknologi Grab sebagai penasihat CEO sebelum bertugas di Hab Sukan pada Februari 2020. 

SportSG akan mengambil alih pemilikan serta pengurusan Hab Sukan mulai bulan depan dan menyatakan bahawa ia mempunyai rancangan untuk menjadikan hab itu lebih mudah digunakan oleh masyarakat yang lebih luas di Singapura. 

Hab Sukan Singapura seluas 35 hektar itu merangkumi Stadium Negara yang boleh menampung 55,000 orang, arena akuatik tertutup, Arena OCBC serbaguna, pusat sukan air, Stadium Tertutup Singapura dan pusat beli-belah Kallang Wave. 

Ia dibina di bawah kerjasama sektor awam dan swasta antara Pemerintah dengan konsortium syarikat yang bergabung untuk membentuk SportsHub Pte Ltd (SHPL). 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan