Lintas Nusantara labuh tirai dengan persembahan tarian dengan pengaruh silat
Pesta tarian tahunan Taman Warisan Melayu (TWM), Lintas Nusantara melabuhkan tirainya untuk kali terakhir pada Ahad (23 Okt) dengan persembahan yang cukup memukau.
SINGAPURA: Pesta tarian tahunan Taman Warisan Melayu (TWM), Lintas Nusantara melabuhkan tirainya untuk kali terakhir pada Ahad (23 Okt) dengan persembahan yang cukup memukau.
Ia adalah di antara persembahan budaya yang diadakan sempena pesta Penutupan khas - "The TWM ClosingFest" sebelum TWM ditutup untuk kerja pembangunan semula sehingga 2025.
Pesta tarian tahunan Lintas Nusantara menampilkan pelbagai jenis tarian dari kepulauan Melayu.
Untuk persembahan kali ini, tumpuan diberikan kepada tarian yang wujud di Singapura menggunakan pengaruh silat dari pelbagai wilayah sekitar Nusantara.
"Kami mementaskan tarian-tarian daripada kumpulan etnik dan masyarakat Minang, Bugis, Jawa, Jawa Tengah khususnya dari Yogyakarta dan juga dari Singapura di mana setiap tarian itu menonjolkan keindahan seni silat dan cara silat sebenarnya mempengaruhi tarian di Nusantara kami ini.
"Kami sangat berharap bahawa penonton akan benar-benar dapat mengagumi seni di Nusantara ini, kecantikan silat dan juga dalam pepatah Melayu 'Tak kenal maka tak cinta'," kata pengasas bersama dan penerbit Lintas Nusantara, Diyana Putri Alan.
Ini merupakan tahun ke-11 Lintas Nusantara dianjurkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.