Limbungan kapal bernilai S$200 juta lengkap dengan hab inovasi dilancarkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Industri maritim Singapura mendapat suntikan segar dengan pelancaran limbungan kapal baharu bernilai S$200 juta di daerah Jurong.
Menurut pengendalinya, kemudahan itu boleh membaiki kapal-kapal yang memiliki masalah lebih rumit dengan pantas.
Ia juga ingin menjalin kerjasama dengan para pakar maritim dan rakan-rakan teknologi untuk mencipta huraian inovatif, untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon bagi industri tersebut.
Kawasan itu dahulunya menempatkan limbungan kapal Jurong, salah satu daripada prasarana perintis maritim pada era 1960an.
Kini, ia berubah wajah, menjadi tapak limbungan kapal PaxOcean, yang berpangkalan di Singapura.
Berukuran seluas 24 padang bola, ia dicipta untuk mengendalikan kapal-kapal lebih besar serta menangani projek pembaikan semula yang lebih rumit.
Limbungan kapal itu menggunakan kaedah realiti maya untuk melatih pekerja cara mengimpal, agar dapat mengurangkan kos, selain mempertingkat tahap keselamatan.
Hab inovasi di situ pula akan mencipta huraian yang boleh diuji dan diperluaskan.
Ini termasuk keupayaan untuk menyimpan karbon dan menyepadukan sistem.
PaxOcean turut melabur sekitar S$3.5 juta bagi tujuan penyelidikan dan pengembangan untuk tiga tahun akan datang.
Ia berharap dapat bekerja sama dengan rakan-rakan industri yang lain serta menarik bakat muda, agar dapat mencipta huraian bagi menangani cabaran seperti kekurangan tenaga kerja.
CEO PaxOcean Tan Thai Yong berkata: "Pertama adalah untuk menarik bakat, dan pada masa yang sama, cuba dapatkan bakat terbaik untuk bersama kami melakukan kerja-kerja R&D di iHub5 dan dengan kerjasama pemain industri, universiti dan juga beberapa vendor kami yang memiliki mesin automatik atau robotik yang sangat baik.
Berucap di majlis pelancaran limbungan kapal itu, Menteri Negara Kanan bagi Pengangkutan Murali Pillai berkata, inovasi penting bagi transformasi dan kemajuan sektor maritim.
"Jenis inovasi sebegini mencerminkan semangat kukuh Maritim Singapura - tidak pernah puas dengan status quo, sentiasa fikirkan tentang masa depan, dan memastikan bahawa kita seiring dengan perkembangan industri sambil merebut peluang," katanya.

Sumber : CNA/QA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.