Lima jururawat Melayu/Islam antara 12 penerima Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 12 jururawat dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan 2025, lima daripada mereka merupakan jururawat Melayu/Islam.
Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan merupakan satu anugerah berprestij yang meraikan dedikasi dan kecemerlangan jururawat terlatih dari institusi jagaan kesihatan awam dan swasta.
Pemenang tempat pertama ialah jururawat kanan Wong Yen Min dari Hospital Besar Sengkang.
Antara lima jururawat Melayu/Islam yang diiktiraf termasuk Fatimah Abdul Rahman dari Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Irdawaty Abdul Razak dari Rumah Komuniti Warga Tua AWWA.
Acara penyampaian anugerah itu berlangsung di Hospital Khoo Teck Puat pada Jumaat (21 Nov).
FATIMAH ABDUL RAHMAN PEMENANG TEMPAT KETIGA ANUGERAH KEJURURAWATN TAN CHIN TUAN
Dengan 34 tahun pengalaman sebagai seorang jururawat, Cik Fatimah telah menjadi tunggak penting dalam memberikan penjagaan dan sokongan kepada pesakit serta menjadi sumber kekuatan kepada rakan-rakan sekerjanya.
Beliau merupakan seorang jururawat kanan berdaftar di Unit Jagaan Intensif (ICU) dan telah mengharungi kedua-dua krisis iaitu SARS dan COVID-19 semasa berkhidmat di Hospital Universiti Nasional (NUH).

Bagi beliau, tugas sebagai jururawat bukan sekadar kerjaya, tetapi satu tanggungjawab mulia.
"Saya sebagai seorang jururawat, saya sebenarnya berbesar hati untuk menolong masyarakat dan juga rakan-rakan dan juga pesakit saya," kata Cik Fatimah.
"Saya berbangga kerana dapat merawat pesakit dan itu yang mendorong saya. Juga kerana rakan-rakan dan keluarga saya yang memberi sokongan kepada saya selama ini sebagai jururawat," tambahnya lagi.
Bagi beliau, keikhlasan adalah asas kepada segala-galanya. Bantuan yang diberi bukan hanya untuk pesakit di hospital, tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, walaupun mereka tidak dikenali olehnya.
"Saya berasa bangga kerana ini datang dari hati. Jika saya lihat orang yang di luar yang memerlukan bantuan, saya akan tolong," kata Cik Fatimah.
Atas dedikasinya itu, Cik Fatimah mendapat tempat ketiga bagi Anugerah Kejururawatan Tan Ching Tuan.
Anugerah yang diterima ini bukan sekadar satu penghormatan peribadi, tetapi menjadi lambang kepada komitmen dan profesionalisme jururawat-jururawat lain yang turut berjuang dalam diam.
"Anugerah ini membuat saya menjadi lagi berdedikasi untuk pekerjaan saya. Ia juga menjadi motivasi untuk diri saya dan rakan-rakan saya yang bekerjasama selama ini dan memberi dorongan dan sokongan untuk saya," kata Cik Fatimah.
IRDAWATY ABDUL RAZAK PENERIMA ANUGERAH KEJURURAWATAN TAN CHIN TUAN KATEGORI MERIT
Seorang lagi pemenang Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan kategori merit tahun ini, Cik Irdawaty, berkongsi bahawa beliau tidak pernah mengimpikan sebarang pengiktirafan selama berkhidmat di Rumah Komuniti Warga Tua AWWA sebagai seorang jururawat selama 17 tahun.

"Terus terang, saya memang tidak menyangka mendapat pengiktirafan ini, selama 17 tahun saya bekerja di Rumah Komuniti Warga Tua AWWA," kata Cik Irdawaty.
"Fokus saya adalah untuk memberi penjagaan terbaik kepada warga emas. Namun, saya berbesar hati mendapat anugerah ini," tambahnya lagi.
Bagi beliau, kepuasan paling besar bukanlah trofi atau sijil, tetapi perubahan positif yang ditunjukkan oleh warga emas di bawah jagaannya.
"Apabila mereka datang ke sini, mereka datang dengan masalah penyakit yang banyak. Namun setelah dalam jagaan kami, mereka lebih positif dan berkeyakinan untuk menjaga kesihatan mereka yang lebih baik. Itu adalah satu kepuasan bagi saya," kata Cik Irdawaty.
Anugerah yang diterima ini menjadi pencetus semangat untuk beliau terus menyumbang kepada bidang kejururawatan.
Beliau turut menjadikan dirinya sebagai pembimbing kepada jururawat-jururawat baharu yang menyertai pusat tersebut.
Dalam ucapannya, Cik Rahayu memuji para jururawat yang berkhidmat dengan penuh dedikasi menjangkaui tanggungjawab mereka dan menekankan pentingnya peranan jururawat dalam ekosistem jagaan kesihatan yang kini melangkaui hospital ke sektor masyarakat.
Penerima anugerah tempat pertama menerima hadiah wang tunai sebanyak S$3,500 berserta Trofi Cabaran yang akan disimpan di institusi masing-masing sehingga anugerah seterusnya.
Tempat kedua membawa pulang S$3,000, manakala tempat ketiga menerima S$2,500.
Bagi pemenang merit pula, mereka menerima S$800 sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan komitmen mereka dalam kerjaya kejururawatan.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.