Skip to main content

Singapura

Lima beradik masuk mahkamah berebutkan perniagaan keluarga

Anggaran Waktu Membaca:
Lima beradik masuk mahkamah berebutkan  perniagaan keluarga

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)

SINGAPURA: Tiga lelaki berjaya menyaman dua saudara lelaki mereka bagi saham dalam perniagaan keluarga mereka.

Langkah itu diambil selepas mereka mendapat tahu salah seorang daripada defendan itu telah memindahkan saham milik mereka kepada dirinya sendiri selepas berjanji pada mulanya untuk menyerahkan saham tersebut.

Saudara lelaki yang mengambil saham itu dalam sepucuk surat berkata dia berbuat demikian kerana tiga saudaranya itu "tidak bersyukur".

Dalam satu penghakiman yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada Isnin (10 Apr), Hakim Mavis Chionh mengarah dua defenden supaya memindahkan 416,666 saham dalam perniagaan keluarga mereka kepada tiga beradik mereka, supaya setiap daripada mereka mendapat bahagian yang sama.

URUTAN KES

Saman itu dikemukakan tiga beradik Ho, Encik Ho Soo Tong, Encik Ho Soo Whatt, dan Encik Ho Liew Leng Edwin.

Mereka menyaman Encik Hoo So Foong dan Encik Ho Soo Kheng, serta syarikat Invest Ho Properties.

Lima beradik lelaki itu juga mempunyai abang, Ho Ann Swee yang meninggal dunia pada 2013.

Pihak plaintif mendakwa kesemua enam beradik termasuk anak lelaki mendiang abang mereka mempunyai pemilikan saham yang sama dalam perniagaan keluarga mereka, Invest Ho.

Pihak defendan pula mendakwa bahawa Invest Ho hanya dimiliki mereka berdua dan ia bukanlah sebuah perniagaan keluarga.

KEPUTUSAN HAKIM

Keputusan hakim Chionh berpihak kepada plaintif. Beliau mendapati saksi mereka "saksi yang jujur dan tidak mempunyai sebarang niat jahat".

Hakim Chionh mengarah pihak defendan supaya memindahkan 416,666 saham Invest Ho kepada ketiga-kita plaintif dalam tempoh empat minggu.

Mereka juga diarah membayar kos dan perbelanjaan, termasuk cukai setem pemindahan itu.

Sementara pemindahan itu dilakukan, defendan tidak boleh
menghalang atau menjual saham-saham Invest Ho di bawah nama mereka.

Jika mereka gagal melakukan demikian dalam tempoh empat minggu, seorang pendaftar atau mana-mana penolong pendaftar dari Mahkamah Tinggi akan diberi kuasa melakukan pemindahan itu bagi pihak defendan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita