Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lim Tean dikenakan 2 lagi tuduhan; enggan jawab polis & gelapkan S$5,500

Anggaran Waktu Membaca:
Lim Tean dikenakan 2 lagi tuduhan; enggan jawab polis & gelapkan S$5,500

(Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Peguam dan ahli politik Lim Tean dikenakan dua lagi tuduhan kerana enggan menjawab pertanyaan seorang pegawai polis dan melakukan jenayah pecah amanah sebagai seorang peguam. 

Lim, 57 tahun, dikenakan satu lagi tuduhan baru pada Jumaat (23 Sep) kerana menggelapkan S$5,500 yang dibayar oleh AXA Insurance, justeru melakukan jenayah pecah amanah sebagai seorang peguam. 

Menurut dokumen mahkamah, wang itu milik seorang wanita, yang diambilnya sekitar 3 April 2020. 

Lim dikenakan tuduhan baru kedua kerana enggan menjawab soalan seorang penjawat awam yang dibenarkan menyoalnya. Lim didakwa enggan menjawab pertanyaan di Jabatan Ehwal Komersil pada 10 Jun 2022 mengenai fakta dan kes melibatkan bayaran AS$50,000 (S$71,257) pada Oktober 2017. 

Lim kini berdepan tujuh tuduhan. Sebelum ini, dia dituduh melakukan jenayah pecah amanah dengan menyalahgunakan S$30,000 yang diamanahkan kepadanya pada lewat 2019, oleh bekas kliennya dalam satu kes saman sivil. 

Lim juga berdepan tiga tuduhan kerana bertindak selaku peguam bela atau peguam cara tanpa kebenaran.

Lim juga disyaki menyiapkan dokumen berhubung perbicaraan mahkamah sebanyak 33 kali, bertindak sebagai  peguam bela atau peguam  tanpa sijil pengamal undang-undang yang sah. 

Lim juga dituduh melakukan gangguan terhadap seorang bekas pekerja firma guamannya. 

Dia dijadual kembali ke mahkamah bagi sidang sebelum perbicaraan pada Oktober. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan