Lim Tean dijatuhi hukuman penjara lebih panjang; jalankan tugas peguam tanpa sijil sah
Anggaran Waktu Membaca:
Lim Tean tiba di Mahkamah Negara pada 17 Februari 2025. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Peguam dan ahli politik pembangkang, Lim Tean, dijatuhi hukuman penjara yang lebih panjang kerana menjalankan tugas sebagai peguam tanpa sijil sah.
Ini selepas rayuannya terhadap sabitan dan hukuman awal ditolak.
Hukuman Lim ditambah kepada penjara selama tiga bulan satu minggu pada Isnin (23 Feb), berbanding hukuman asal iaitu penjara enam minggu dan denda S$1,000.
Hakim Kannan Ramesh menolak rayuan Lim terhadap sabitan dan hukumannya, serta membenarkan rayuan balas pihak pendakwa untuk meningkatkan hukuman tersebut.
Lim ialah pengasas Parti Suara Rakyat (PV) dan Setiausaha Agung Perikatan Rakyat bagi Pembaharuan (PAR). Beliau juga berdepan tuduhan lain, termasuk pecah amanah jenayah sebagai peguam dan gangguan yang menyalahi undang-undang, yang masih dalam proses mahkamah.
KELAYAKAN BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA
Walaupun hukuman ditambah, hukuman baharu Lim ini masih tidak mencapai had untuk beliau hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi Anggota Parlimen.
Mengikut Perlembagaan, seseorang hanya hilang kelayakan untuk menjadi Anggota Parlimen jika didenda sekurang-kurangnya S$10,000 atau dihukum penjara sekurang-kurangnya satu tahun bagi satu kesalahan.
KEPUTUSAN MAHKAMAH
Pihak pendakwa berhujah bahawa hukuman awal "sangat tidak mencukupi."
Dalam menyampaikan keputusannya pada Isnin (23 Feb), Hakim Ramesh berkata beliau tidak menemui sebarang kesilapan dalam keputusan Mahkamah Negara bahawa Lim tidak mempunyai sijil untuk menjalankan tugas sebagai peguam yang sah sepanjang tempoh itu.
Lim memohon agar hukuman penjara ke atasnya ditangguhkan selama dua bulan kerana beliau ingin menimbangkan pilihan untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
Peguamnya juga menyatakan Lim masih mengendalikan dokumen untuk kes anak guamnya bagi perbicaraan pada 22 April ini. Pihak pendakwa tidak membantah penangguhan itu kerana tidak mahu menjejas urusan anak guam Lim.
BERTUGAS TANPA SIJIL
Lim didapati bersalah atas tiga tuduhan di bawah Akta Kerjaya Guaman kerana bertindak sebagai peguam cara tanpa kebenaran antara 1 April 2021 hingga 9 Jun 2021. Sijil beliau sebagai peguam hanya dikeluarkan pada 10 Jun 2021.
Lim sebelum ini berhujah bahawa beliau tidak berniat untuk melakukan kesalahan dan sudah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah. Beliau mendakwa sudah memaklumkan hakim mengenai ketiadaan sijil tersebut semasa perbicaraan, namun perkara itu tidak direkodkan dalam transkrip mahkamah.
Namun, hakim memutuskan bahawa Lim gagal membuktikan pembelaannya. Sebagai peguam berpengalaman, Lim sepatutnya tahu bahawa jika sijilnya tamat pada 31 Mac, beliau mempunyai masa sehingga akhir April untuk memperbaharuinya.
Hakim Ong Hian Sun sebelum ini menyatakan bahawa tindakan Lim mendedahkan anak guamnya kepada risiko dan perbuatannya itu dianggap telah memperdaya anak guam, peguam lain, pegawai awam, serta hakim.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.