Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lim Tean didakwa dengan tuduhan pecah amanah & ganggu bekas pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 May 2022 03:16PM Dikemas Kini : 10 May 2022 09:20PM

SINGAPURA: Peguam yang juga ahli politik pembangkang, Lim Tean, akan didakwa di mahkamah pada Khamis (12 Mei) atas tuduhan pecah amanah, melakukan gangguan dan menjadi individu tanpa kebenaran yang bertindak sebagai peguam bela atau peguam cara, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (10 Mei).

Tuduhan pecah amanah itu berkaitan dengan kejadian pada November 2019 semasa Encik Lim menggelapkan S$30,000 yang diamanahkan kepadanya oleh bekas pelanggannya. Wang tersebut adalah sebagai penyelesaian dalam saman sivil kecederaan motor, menurut SPF dalam kenyataan medianya.

Encik Lim dituduh menyelewengkan wang tersebut.

Encik Lim juga didakwa dengan tuduhan mengganggu bekas pekerjanya pada 2020 semasa mangsa wanita itu bekerja di firman guaman Encik Lim.

Encik Lim yang juga peguam di Carson Law Chambers diberkas berhubung kesalahan-kesalahan tersebut pada 2020.

Encik Lim juga dipercayai bertindak sebagai peguam bela atau peguam cara tanpa sijil yang sah sebanyak 66 kali antara 1 April dengan 9 Jun tahun lalu.

Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan