Skip to main content

Singapura

Lim Ming Yan pengerusi baharu Changi Airport Group mulai 1 Apr 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Lim Ming Yan pengerusi baharu Changi Airport Group mulai 1 Apr 2025

Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 27 Dec 2024 07:28PM Dikemas Kini : 27 Dec 2024 07:29PM
SINGAPURA: Changi Airport Group (CAG) akan mendapat pengerusi baharu pada April 2025 - dengan Encik Lim Ming Yan akan memegang jawatan itu.

Dalam kenyataan medianya pada Jumaat (27 Dis), Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan perubahan peringkat lembaga pengarah di CAG, dengan Encik Lim dilantik sebagai timbalan pengerusi mulai 1 Jan 2025.

Beliau akan menggantikan Encik Tan Gee Paw sebagai Pengerusi CAG mulai 1 Apr 2025.

Encik Tan menyertai lembaga pengarah CAG pada Mei 2017 dan menyandang jawatan pengerusi pada Oktober 2020.

Beliau akan kekal dalam lembaga pengarah sebagai pengarah untuk memberikan kesinambungan kepada CAG semasa tempoh peralihan ini, kata MOF.

Menurut MOF, kepimpinan Encik Tan penting dalam membimbing CAG mengharungi cabaran-cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19 sambil mengekalkan fokusnya untuk mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Changi sebagai hab penerbangan global.

Di bawah bimbingan dan kepimpinan Encik Tan, CAG mencapai kemajuan yang ketara dalam usaha dan keupayaan inovasinya, di samping bangkit lebih kukuh daripada wabak itu sambil mengekalkan kehematan kewangannya.

Pelaburan utama sepanjang khidmat beliau termasuk naik taraf Terminal 2, yang meningkatkan kapasiti Lapangan Terbang Changi kepada 90 juta penumpang setiap tahun.

CAG juga melabur dalam teknologi, seperti robotik dan automasi, untuk meningkatkan operasi dan mengoptimumkan penggunaan tenaga manusia.

BAKAL PENGERUSI BAHARU

Encik Lim ialah pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan The Esplanade.

Beliau pada masa yang sama ialah pengarah lembaga Enterprise Singapore dan pengarah bebas bukan eksekutif Sembcorp Industries Limited, DLF Cyber ​​City Developers Limited dan China Vanke.

Beliau juga berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Republik Mauritius, dedah MOF.

Encik Lim sebelum ini berkhidmat sebagai pengerusi Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan sebagai pengarah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Beliau juga merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan CapitaLand Limited dari 2013 hingga 2018, Ketua Pegawai Eksekutif The Ascott Limited dari 2009 hingga 2012, dan Ketua Pegawai Eksekutif CapitaLand China dari 2000 hingga 2009.
Sumber : CNA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita