Lim Boon Heng bersara sebagai pengerusi NTUC Enterprise; ambil tanggungjawab atas kegagalan perjanjian Income-Allianz
NTUC Enterprise pada Khamis (30 Okt) mengumumkan persaraan pengerusi lembaganya, Encik Lim Boon Heng.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: NTUC Enterprise pada Khamis (30 Okt) mengumumkan persaraan pengerusi lembaganya, Encik Lim Boon Heng.
Pengumuman itu dibuat semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) NTUC Enterprise pada Khamis, menurut kenyataan media yang dikeluarkan syarikat tersebut.
Encik Lim akan digantikan oleh Encik Tan Hee Teck, yang dipilih untuk menyertai Lembaga NTUC Enterprise dan disokong oleh lembaga itu sebagai pengerusi baharunya, mulai Jumaat.
Menurut NTUC Enterprise, di bawah kepimpinan Encik Lim, hasil portfolio NTUC Enterprise meningkat daripada S$6.5 bilion pada 2014 kepada S$8.2 bilion pada 2024, dengan nilai aset bersih sebanyak S$4.6 bilion, merentasi tiga tonggak utamanya iaitu perniagaan berimpak sosial (impact business), badan kebajikan dan pelaburan kewangan.
Encik Lim turut menerajui usaha meneliti semua pilihan bagi menjamin masa depan syarikat insurans Income, termasuk menimbangkan tawaran yang dikemukakan oleh Allianz.
Di bawah perjanjian yang dicadangkan itu, Allianz akan memperoleh 51 peratus kepentingan dalam Income dengan nilai sekitar S$2.2 bilion.
Namun, rancangan itu mencetuskan bantahan awam berhubung kemampuan Income untuk mengekalkan misi sosialnya.
Menyusuli perkara tersebut, pemerintah menyekat perjanjian tersebut pada Oktober lalu dan Allianz kemudian menarik balik tawarannya.
Dalam ucapannya di EGM, Encik Lim memaklumkan bahawa NTUC Enterprise sudah menjalankan semakan terhadap tindakan yang diambil berhubung pengkorporatan Income dan tawaran Allianz itu.
Syarikat guaman Lee & Lee dilantik bagi membantu dalam semakan tersebut dan mendapati tiada apa-apa yang menunjukkan tindakan NTUC Enterprise dalam perkara berkenaan bercanggah dengan undang-undang atau peraturan, termasuk Akta dan Peraturan Syarikat-syarikat Kooperasi.
Encik Lim menegaskan bahawa NTUC Enterprise “sentiasa bertindak dengan niat baik” serta mematuhi undang-undang dan peraturan, dan kesimpulan daripada semakan oleh Lee & Lee mengukuhkan perkara tersebut.
Pada masa yang sama, Lembaga NTUC Enterprise akur bahawa masih ada bidang-bidang yang boleh diperbaiki.
Mengenai persaraannya, Encik Lim berkata: “Ia adalah satu penghormatan untuk berkhidmat dan memimpin NTUC Enterprise bersama para pengarah dan pihak pengurusan di seluruh portfolio, yang mempunyai pengalaman luas, kepakaran serta komitmen yang kukuh terhadap matlamat dan misi sosial NTUC.
“Saya berterima kasih kepada rakan sekerja saya atas sokongan dan dedikasi mereka. Saya yakin portfolio NTUC Enterprise akan terus berkembang maju dari segi daya saing pasaran dan daya tahan kewangan, berlandaskan matlamat yang jelas.”
Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng, menyifatkan Encik Lim sebagai “tokoh gerakan buruh” dan seorang pemimpin yang tidak mementingkan diri, yang menumpukan seluruh kerjayanya untuk berkhidmat kepada Singapura.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.