Skip to main content

Singapura

Lim Biow Chuan akan bincang dengan LTA bagi jadikan bulatan Marine Parade lebih selamat

Para penduduk Marine Parade menggesa agar lebih banyak langkah diambil bagi menjadikan laluan pejalan kaki di kawasan sekitar sebuah bulatan lebih selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Lim Biow Chuan akan bincang dengan LTA bagi jadikan bulatan Marine Parade lebih selamat

Para penduduk Marine Parade menggesa agar lebih banyak langkah diambil bagi menjadikan laluan pejalan kaki di kawasan sekitar sebuah bulatan lebih selamat. (Gambar-Gambar: Darius Boey)

Diterbitkan : 20 Mar 2019 07:41AM Dikemas Kini : 20 Mar 2019 07:45AM

SINGAPURA: Para penduduk Marine Parade menggesa agar lebih banyak langkah diambil bagi menjadikan laluan pejalan kaki di kawasan sekitar sebuah bulatan lebih selamat.

Gesaan itu dibuat selepas seorang wanita warga tua meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya dalam nahas pada Isnin (18 Mac).

Pada Selasa (19 Mac), Anggota Parlimen Mountbatten Lim Biow Chuan berkata beliau akan membincangkan dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengenai idea untuk memasang penghadang jalan raya di bulatan dekat Marine Parade.

Seorang wanita berusia 82 tahun meninggal dunia di hospital selepas dilanggar oleh sebuah kereta ketika berada di laluan pejalan kaki dekat bulatan antara Marine Parade Road dengan Amber Road.

Encik Lim memberitahu Mediacorp bahawa beliau "bersedih setelah mendapat tahu mengenai kematian pejalan kaki itu" dan sedang mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai mangsa.

Menurut Encik Lim, beliau akan membincangkan kemungkinan memasang penghadang jalan raya di laluan yang sempit, dan sama ada ia berupaya mencegah kereta-kereta yang dipandu dengan laju daripada merempuh penghadang tersebut.

Namun, ini bukanlah kali pertama saranan tersebut dikemukakan.

Related article image

Dua tahun lalu, para penduduk mengusulkan idea tersebut menyusuli satu kemalangan yang berlaku di kawasan yang sama yang menyebabkan dua wanita warga tua mengalami kecederaan.

Menurut para penduduk, bulatan itu biasanya digunakan oleh para pemandu yang ingin menuju ke arah bandar menerusi Mountbatten Road ataupun mereka yang ingin menuju ke arah Parkway Parade menerusi Marine Parade Road.

Bagaimanapun berdasarkan penilaian LTA, laluan itu terlalu sempit untuk memasang penghadang jalan raya.

Sebaliknya, ia mengambil langkah-langkah lain. Ini termasuk melebarkan laluan berkenaan serta meletakkan papan tanda seperti papan tanda bagi mengurangkan had kelajuan.

Sungguhpun demikian, para penduduk berpendapat lebih banyak lagi yang harus dilakukan.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita